Pertama: Semua pihak hendaklah bercakap mengikut giliran.
Kedua: Apabila suatu pihak bercakap, pihak lain hendaklah mendengar dan memberi perhatian.
Ketiga: Apabila bercakap hendaklah dalam keadaan tenang dan tidak meninggikan suara.
Keempat: Pihak-pihak hendaklah bercakap dan bertindak secara sopan dan tidak menyerang peribadi pihak lawan.
Kelima: Pihak-pihak tidak boleh berkomunikasi secara langsung antara mereka kecuali dengan kehadiran Pegawai Sulh
Keenam: Pihak-pihak hendaklah membuat akujanji akan mematuhi peraturan-peraturan ini.
Pihak-pihak memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan bagi sesuatu pertikaian. Berbeza dengan kes yang melalui perbicaraan keputusan kes ditentukan oleh Y.A Hakim. Keputusan di buat lebih mudah untuk diterima dan dilaksanakan kerana ianya dibuat secara persetujuan bersama. Kerahsiaan pihak-pihak terjamin kerana majlis sulh hanya boleh dihadiri oleh pihak-pihak yang bertikai dan Pegawai Sulh sahaja. Berbeza dengan perbicaraan yang diadakan dalam dewan bicara yang dihadiri oleh orang awam. Menjimatkan masa, kos dan tenaga semua pihak. Majlis sulh yang berjaya tidak perlu melalui proses perbicaran yang lama.
Suatu proses dimana pihak-pihak yang terlibat di dalam suatu pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan di panggil dan dipertemukan di dalam suatu majlis perundingan terpimpin secara rasmi. Ianya diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu dan sekiranya perdamaian tercapai ianya akan di keluarkan sebagai suatu perintah mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa. Selain itu Majlis Sulh ini juga dikenali sebagai proses penyelesaian pertikaian secara alternatif – ADR Alternatif Dispute Resolution.
Terdapat 5 peranan utama dalam penubuhan Badan Sokongan Keluarga, ianya terdiri daripada:
Pada kelazimannya, sebutan akan akan dibuat dalam masa 21 hari selepas pendaftaran disempurnakan.
Semua orang Islam yang berkahwin secara sah mengikut Hukum Syarak dan bermastautin di dalam sesuatu negeri boleh mendaftarkan permohonan atau tuntutan di mana-mana Mahkamah Syariah di tempat dia bermastautin.
Terdapat 2 jenis pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:
Tuntutan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan Saman beserta penyata tuntutan. Pernohonan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan notis permohonan beserta afidavit sokongan.
Anda tidak akan dibenarkan berjumpa dan mengadu kepada Hakim bagi mengelakkan ketidakadilan (berat sebelah). Masa untuk berjumpa hakim ialah apabila kes anda disebut/dibicarakan di dewan Mahkamah semasa Mahkamah bersidang. Sekiranya anda ada urusan berkaitan dengan perbicaraan atau kes, bolehlah berjumpa dengan pihak Pendaftar, Penolong Pendaftar atau Pembantu Pendaftar.
Mahkamah hanya berkuasa mengeluarkan perintah kepada suami untuk membayar nafkah dan sebagainya. Bayaran itu akan datang dari pihak suami bukan Mahkamah. Tetapi sekiranya pihak suami tidak membayar seperti yang diperintahkan, si isteri atau anak yang berkepentingan dengan nafkah tersebut boleh memohon penguatkuasaan perintah di Mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan perintah penguatkuasaan dalam bentuk samada memerintahkan bayaran secara potongan gaji atau dipenjarakan dan sebagainya sepertimana yang dipohon.
Surat penghakiman atau perintah akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu selepas kes selesai dengan permohonan. Perintah Mahkamah akan dikeluarkan apabila permohonan mengeluarkan perintah dibuat beserta bayaran yang ditetapkan. Adalah dinasihatkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam sesuatu perintah Mahkamah memohon perintah dikeluarkan segera (selepas kes selesai). Penghakiman atau Perintah bertulis Mahkamah amat penting bagi permohonan penguatkuasaan perintah.
Jika seorang suami menuduh isterinya berzina, dia akan dikenakan hukuman qadlif, jika ia tidak dapat membuktikan tuduhan dengan membawa 4 orang saksi. Dalam keadaan ini, suami boleh menggunakan acara li'an untuk mengelakkan hukuman ke atasnya. Jika pihak-pihak kepada suatu perkahwinan telah bersumpah secara li'an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syarie, dalam hukumannya. Hakim Syarie itu akan memerintahkan mereka farak dan dipisahkan dan tinggal berasingan selama-lamanya.
Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :
Anggapan mati ialah apabila suami seorang perempuan telah mati atau dipercayai telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain, hendaklah terlebih dahulu mendapat pengisytiharan anggapan kematian daripada Mahkamah Syariah.
Permohonan Wali Hakim dibuat apabila berlaku keadaan seperti berikut :
Talaq ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya berdasarkan Al-Quran, as-Sunnah dan ijma’ ulama’. Perceraian boleh dilakukan dengan lafaz soreh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran), begitu juga perceraian boleh dilakukan dengan talaq raj’ie atau talaq ba’in.
Penceraian yang terdapat di dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri yang berkuatkuasa di negeri-negeri adalah seperti berikut :
Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah selepas sesuatu penceraian berlaku ialah :
Ta’liq ertinya perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan sepertimana diperuntukan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Cerai takliq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas takliq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh Mahkamah.
Pengeluaran surat cerai adalah dalam bidangkuasa Pejabat Agama Islam Daerah. Mahkamah tidak mengeluarkan surat cerai.
Kes FARAID ialah kes yang didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pesaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua :
Penentuan tersebut dikeluarkan dalam bentuk Sijil Faraid.
Kes MAL ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap suatu pihak yang lain.
Prosiding Mal adalah prosedur atau proses guaman yang melibatkan kes-kes berkaitan harta. Prosiding di Mahkamah Syariah terbahagi kepada tiga iaitu:
Ketiga-tiga prosiding tersebut mempunyai prosedur yang berbeza seperti yang terkandung di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004.
Terdapat dua bentuk prosiding Mal iaitu:
1. Saman dan Pernyataan Tuntutan serta Lampiran
Pihak yang menfailkan Saman dan Pernyataan tuntutan disebut sebagai Plaintif manakala orang yang kena tuduh disebut sebagai Defendan.
2. Notis Permohonan dan Afidavit serta Ekshibit melalui Borang MS 27
Pihak yang menfailkan Permohonan dan Afidavit disebut sebagai Pemohon manakala orang yang kena tuntut/pohon disebut sebagai Responden.
Kes-kes yang dimulakan dengan saman adalah selain kes yang dimulakan dengan permohonan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004. Terdapat 17 kes yang hendaklah dipohon melalui permohonan iaitu:
1. Keizinan untuk melangsungkan perkahwinan seseorang orang belum dewasa
2. Pelantikkan wali am
3. Perintah bagi pendaftaran perkahwinan yang dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang.
4. Anggapan kematian
5. Pelantikkan penjaga harta seseorang orang belum dewasa.
6. Perintah bagi penjagaan bersama harta seseorang orang belum dewasa.
7. Perintah bagi pengubahan kuasa penjaga harta seseorang orang belum dewasa.
8. Perintah bagi pemecatan penjaga harta seseorang orang belum dewasa.
9. Kebenaran bagi pelupusan harta seseorang orang belum dewasa.
10. Kebenaran untuk menyara seseorang orang belum dewasa darupada pendapatan hartanya.
11. Perintah bagi penggunaan harta modal untuk menyara seseorang orang belum dewasa.
12. Perintah larangan yang berhubungan dengan harta seseorang orang belum dewasa.
13. Injuksi yang menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.
14. Perintah untuk mengetepikan dan injunksi yang menghalang, pelupusan harta untuk mengecewakan tuntutan nafkah.
15. Injunksi terhadap perkosaan oleh suami atau isteri atau bekas suami atau isteri.
16. Pengiktirafan perkahwinan yang diijabkabulkan di luar Negeri Pulau Pinang (Pengakuterimaan Paterniti)
17. Pengesahan Pengakuterimaan Paterniti oleh perempuan dalam 'eddah (Pembahagian Harta Pusaka)
Pihak yang tidak berkemampuan yang mahu membuat apa-apa permohonan atau tuntutan bolehlah membuat permohonan melalui bantuan peguam yang disediakan melalui Biro Bantuan Guaman (BBG) atau panelnya yang mana setiap kes-kes yang didaftarkan akan dikecualikan daripada bayaran menurut Akta Biro Bantuan Guaman dan Arahan Amalan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia No 5 Tahun 2002.
Selain daripada itu, pihak-pihak yang tidak berkemampuan yang diklasifikasikan sebagai orang miskin boleh membuat permohonan/tuntutan tanya apa-apa bayaran tertakluk kepada Seksyen 31. Seksyen 31 menyebut, mereka yang tidak berupaya hendaklah membuat permohonan pengecualian bayaran setelah membuat permohonan dan afidavit yang menyatakan nama, tempat tinggal, pekerjaan, akuan bahawa ia tidak mampu membayar fi mahkamah dan segala fakta yang berkaitan.
Terdapat Asabah menurut istilah ilmu Faraid ialah waris yang tidak mendapat bahagian secara fardu yang ditetapkan, tetapi mereka adakala mengambil semua pusaka, adakalanya mengambil baki setelah diberi bahagian waris fardhu dan adakalanya mengambil baki setelah diberi bahagian waris fardhu dan adakalanya tidak mendapat langsung kerana telah dihabiskan oleh waris fardhu.
Anggapan yang menyatakan bahawa waris-waris asabah lebih kuat daripada waris fardhu, waris asabah mewarisi kesemua harta. Ketika mewarisi bersama waris fardhu, mereka hanya menerima baki setelah diberi bahagian waris fardhu terlebih dahulu. Tetapi kadangkala malang bagi waris asabah jika kesemua harta dihabiskan oleh waris fardhu, mereka tidak mendapat bahagian sedikitpun kerana tidak ada baki.
Sekiranya tidak ada baki, maka tidak ada harta yang dapat diberikan kepada waris asabah. Ini kerana, dalam proses pembahagian harta pusaka, bahagian waris fardhu hendaklah didahulukan manakala selebihnya adalah waris asabah. Sebagai contoh sekiranya seorang perempuan mati meninggalkan suami dan seorang anak lelaki, maka suami akan mendapat 1/4 (kerana ada anak) manakala anak lelaki Si Mati akan mendapat asabah atau 3/4.
Seseorang pendakwa boleh memberhentikan tindakannya bagi mendakwa OKT pada mana-mana peringkat iaitu sebelum penghakiman diberikan melalui 2 cara iaitu:- Melalui
OKT akan diterangkan dengan haknya untuk mengangkat sumpah dan kesannya atau tentang haknya untuk memberikan keterangan bagi pihak dirinya sendiri dan jika dia memilih untuk memberikan keterangan bagi pihak dirinya sendiri hendaklah menarik perhatiannya kepada perkara-perkara utama dalam keterangan bagi pihak pendakwa terhadapnya supaya dia berpeluang untuk menjelaskannya.
Di dalam kes mal atau jenayah, bagi pihak-pihak yang menggunakan khidmat peguam syarie,Hakim Mahkamah Syariah hendaklah memastikan pihak-pihak telah menfailkan wakalah peguam syarie dengan sewajarnya mengikut kehendak undang-undang. Tanpa wakalah yang sah oleh pihak-pihak kepada Peguam Syarienya kes tersebut tidak sah dibawa oleh Peguam Syarie. Wakalah berlaku apabila seseorang itu mewakilkan urusannya kepada seseorang yang lain atau apabila seseorang mengambil tempat orang lain.