faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

ePenyertaan- Suara Anda

Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan/Undian dan Kajian Soal Selidik yang terdapat dalam Portal Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang :

1. Memuat naik, emel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara-perkara berikut :-
 a) Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, berbaur fitnah, kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat benci,  perkauman,keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidak menyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan Portal  Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang

b) Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman  web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.

c) Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan fungsi mana-mana perisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikasi.

2. Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).

3. Mengancam, mengintip atau memalukan mana-mana pengguna lain.

4. Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan portal ini;

5. Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan portal, server atau jaringan yang disambungkan kepada portal

Anda boleh mengemukakan sebarang cadangan atau pandangan berkenaan topik yang dibincangkan. Segala maklumat yang diperoleh akan dikumpul dan dinilai.

KAJI SELIDIK YANG DIBUKA:  Tiada kaji selidik atau kajian kepuasan pelanggan dalam dalam tempoh ini.

e-Perundingan adalah usaha organisasi untuk menganjurkan sesi perundingan secara dalam talian dalam memberikan maklumat kepada rakyat. Antara inisiatif e-perundingan yang telah disediakan oleh Kerajaan adalah seperti berikut :

MyThought

myThought juga adalah satu ruang dimana rakyat Malaysia dapat menyumbangkan idea dan cadangan bagi meningkatkan lagi mutu penyampaian dan perkhidmatan Kementerian Sumber Manusia dalam menuju misi dan visi yang diamanahkan. Idea yang bernas dan boleh diketengahkan ini akan dijadikan landasan bagi segala cabang segi yang dapat menjamin kebajikan pekerja, majikan dan kesatuan.

http://app1.mohr.gov.my/mohrideas/

Hari Bertemu Pelanggan

Program ini adalah satu inisiatif yang diadakan untuk membuka ruang seluasnya kepada masyarakat dalam menyalurkan aduan serta mendapatkan informasi terkini mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi. Antara agensi yang telah melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan secara dalam talian adalah:

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

https://epelanggan.jpa.gov.my/#!/

Kementerian Sumber Manusia (MOHR)

https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/latest-articles-2/958-hari-bertemu-pelanggan-ksm

Bank Idea Belia

Satu program yang telah dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk dijadikan medium yang tepat bagi belia menyalurkan pendapat, idea, isu dan permasalahan. 

Sesi Bajet Konsultasi

Mendapatkan pandangan daripada pihak Swasta, NGO, Badan Berkanun, Agensi Kerajaan, Institusi Kewangan dalam menghasilkan bajet tahunan negara. (Proses dilakukan secara manual dan dapatan akan dipaparkan di portal).

Unified Public Consultation (UPC)

Kerajaan telah menubuhkan satu portal Unified Public Consultation (UPC) untuk memudahkan penglibatan pihak berkepentingan dalam proses membuat keputusan. UPC menyediakan kemudahan perundingan pengawalseliaan kepada rakyat melalui laman web tunggal. UPC juga akan menyumbang dalam meningkatkan komitmen Kerajaan terhadap akauntabiliti, ketelusan dan inklusif.

Maklumat lanjut berhubung UPC boleh dilayari di http://upc.mpc.gov.my

Sumber dari Portal Malaysia Gov

Kaji Selidik / Kajian Kepuasan Pelanggan

Arkib ePenyertaan