100% sebutan kes saman, permohonan mal dan faraid dibuat dalam masa 21 hari selepas didaftarkan.
85% penetapan tarikh sebutan/bicara kes jenayah tidak lebih daripada 21 hari atau berdasarkan tarikh dinyatakan di dalam Bon Jamin bagi kesalahan boleh tangkap.
100% pengeluaran Perintah Mal/ Jenayah dalam masa 14 hari bekerja selepas keputusan/ hukuman dibuat.
100% pengeluaran Perintah Faraid dalam masa 5 hari bekerja selepas pengiraan dan keputusan dibuat.
70% penyelesaian kes mal, jenayah dan faraid yang didaftarkan dalam tahun semasa.
100% sebutan pertama pengurusan kes rayuan di hadapan Pendaftar dalam masa 30 hari selepas rekod rayuan diterima daripada Perayu / Peguam Syarie/ Mahkamah yang keputusannya dirayu.
100% siasatan dan tindakan sewajarnya ke atas aduan pelanggan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan.
65% penyelesaian kes sulh dengan status berjaya dalam tahun semasa.
90% kes Unit Khidmat Nasihat dan Perundangan, Bahagian Sokongan Keluarga diselesaikan dalam tempoh 90 hari dari tarikh pendaftaran.
70% penyelesaian kes tertunggak yang dikendalikan oleh Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanan Perintah, Bahagian Sokongan Keluarga.
30% penyelesaian kes yang dikendalikan oleh Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanan Perintah, Bahagian Sokongan Keluarga pada tahun semasa.