Manual Kerja Sulh Mahkamah Syariah
BAB 1 - PERMULAAN
Manual Kerja ini bertujuan menjelas dan menyeragamkan prosedur yang perlu diikuti oleh semua Pegawai Sulh dalam mengendalikan Majlis Sulh. |
BAB 2 - OBJEKTIF
Bagi melaksanakan Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh)………2002 maka diperbuat di bawah ini Manual Kerja Sulh untuk diguna pakai dan dipatuhi oleh Pegawai Sulh. |
BAB 3 - KENYATAAN AWAL(AL TAcARRUF) PEGAWAI SULH
a) Pegawai Sulh selaku Pengerusi Majlis Sulh hendaklah meminta pihak-pihak mengambil tempat masing –masing.
f) Pegawai Sulh hendaklah menggalakkan pihak-pihak berkerjasama dan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai penyelesaian secara damai. |
BAB 4 - PEMBENTANGAN AWAL PIHAK YANG BERTIKAI
a) Pegawai Sulh hendaklah meminta Plaintif/Pemohon membentangkan apa yang dipertikai olehnya, kesan yang timbul dan apa cadangan untuk menyelesaikannya.
|
BAB 5 - PERBINCANGAN BERSAMA
a) Setelah mendengar pembentangan awal kedua-dua pihak, Pegawai Sulh hendaklah meminta setiap pihak menyatakan pendapatnya tentang perkara yang dipertikaikan itu. |
BAB 6 - PERTEMUAN SEBELAH PIHAK (KAUKUS)
a) Pegawai Sulh hendaklah menjalankan pertemuan sebelah pihak mengikut giliran yang ditetapkan. Plaintif / Pemohon hendaklah dipanggil dahulu diikuti oleh pihak Defendan / Responden.
|
BAB 7 - PERUNDINGAN BERSAMA
a) Selepas pertemuan sebelah pihak (kaukus) Pegawai Sulh hendaklah mengundang kedua-dua pihak untuk berbincang dalam sessi perundingan secara langsung antara satu sama lain. Matlamat perundingan bersama ini ialah mencapai penyelesaian secara damai berasaskan persetujuan kedua-dua pihak secara sukarela. |
BAB 8 - PENGHAKIMAN BERASASKAN PERSETUJUAN
a) Di akhir prosedur sulh ini, Pegawai Sulh hendaklah memutuskan sama ada sulh yang dijalankan ini berjaya sepenuhnya ataupun tidak. |
BAB 9 - KES DISERAHKAN KEMBALI
Sekiranya penyelesaian sepenuhnya tidak dicapai tetapi kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan sebahagian sahaja pertikaian mereka, Pegawai Sulh hendaklah mempastikan apakah mereka mahukan perkara-perkara yang disetujui itu direkodkan dalam satu Perjanjian Penyelesaian, manakala selebihnya diserahkan kembali kepada mahkamah untuk dibicarakan ataupun keseluruhan kes itu diserahkan kembali untuk pengadilan. |
BAB 10 - KERAHSIAAN
Pegawai Sulh hendaklah merahsiakan segala perkara yang dibangkitkan dalam Majlis Sulh dan tidak boleh mendedahkannya kepada mana-mana pihak termasuklah mahkamah selepas Majlis Sulh selesai, sama ada ia berjaya atau sebaliknya, kecuali setakat mana yang dibenarkan oleh Kaedah-Kaedah Sulh (Negeri Pulau Pinang) 2006. |