Melaksanakan prosedur kerja yang lebih selaras, bersepadu dan sistematik
Mengurangkan masa orang ramai berurusan di kaunter Mahkamah Syariah
Mengurangkan proses-proses kerja manual kakitangan Mahkamah Syariah dan mengurangkan penggunaan pelbagai buku rekod yang banyak
Melaksanakan sistem pengurusan yang lebih sistematik, mudah, teratur dan berkesan
Mewujudkan saluran komunikasi secara elektronik di antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) bagi memperoleh maklumat dengan cepat dan tepat