faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

NOTIS PERINGATAN BAYARAN PEMBAHARUAN SIJIL PEGUAM SYARIE NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2027

BAYARAN PEMBAHARUAN SIJIL PEGUAM SYARIE NEGERI PULAU PINANG

BAGI 2027 BOLEH DIBUAT MULAI SEPTEMBER 2026 

 
peguam1

CARA-CARA PEMBAYARAN PEMBAHARUAN SIJIL AMALAN PEGUAM SYARIE 2027 SECARA ATAS TALIAN

 

Bagi memudahkan urusan pentadbiran serta proses pengeluaran Sijil Amalan Peguam Syarie 2027 secara digital, semua Peguam Syarie dimohon untuk mengikuti LANGKAH 1 dan LANGKAH 2 seperti berikut:

LANGKAH 1 – PEMBAYARAN SECARA ATAS TALIAN

Sila membuat pembayaran melalui Online Banking / Pindahan Bank ke akaun berikut:

Nama Akaun:
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

Bank:
Bank Islam Malaysia Berhad

No. Akaun:
07025010012665

Rujukan Pembayaran:
PEGUAM SYARIE 2027

SELEPAS BAYARAN DIBUAT

Bagi tujuan pengeluaran resit rasmi bayaran, sila emelkan maklumat berikut dengan kadar segera:

  1. Nama penuh Peguam Syarie
  2. Nama bank
  3. Jumlah bayaran
  4. Slip bank / bukti pembayaran

Kepada:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

C.C.:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(Urusetia J/K Peguam Syarie)


 

LANGKAH 2 – PENGISIAN BORANG SECARA DIGITAL

Semua Peguam Syarie DIWAJIBKAN mengisi borang melalui pautan berikut bagi tujuan pengeluaran Sijil Amalan Peguam Syarie 2027 secara digital:

Pautan Borang:
https://forms.gle/hy4e6zsjAjXE6wmb7

Sila lengkapkan borang tersebut dengan kadar segera dan pastikan dokumen berikut dilampirkan:

  • Sijil Amalan Peguam Syarie
  • Slip bank / resit bayaran pembaharuan Peguam Syarie 2027

PERHATIAN

Kerjasama semua Peguam Syarie adalah amat dihargai bagi memastikan urusan pembayaran, pengeluaran resit rasmi dan pengeluaran Sijil Amalan Peguam Syarie 2027 secara digital dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Sekian, terima kasih atas kerjasama dan perhatian.

URUS SETIA JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang