faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

Apakah yang dimaksudkan dengan Cerai Takliq dan bagaimana sabitan Takliq boleh berlaku?

Ta’liq ertinya perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan sepertimana diperuntukan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Cerai takliq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas takliq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh Mahkamah.

Bila surat cerai akan dikeluarkan?

Pengeluaran surat cerai adalah dalam bidangkuasa Pejabat Agama Islam Daerah. Mahkamah tidak mengeluarkan surat cerai.

Apakah yang dimaksudkan Kes Faraid?

Kes FARAID ialah kes yang  didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pesaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua :
 
a) Harta tak alih seperti tanah dan rumah
b) Harta alih adalah seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, Insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas dan seumpamanya.
 
Penentuan tersebut dikeluarkan dalam bentuk Sijil Faraid.

Apakah yang dimaksudkan Kes MAL?

Kes MAL ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap suatu pihak yang lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan Prosiding Mal?

Prosiding Mal adalah prosedur atau proses guaman yang melibatkan kes-kes berkaitan harta. Prosiding di Mahkamah Syariah terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Prosiding Mal
  • Prosiding Jenayah
  • Prosoding Faraid

Ketiga-tiga prosiding tersebut mempunyai prosedur yang berbeza seperti yang terkandung di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004.