faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

Soalan Lazim

1. Apakah peraturan-peraturan yang perlu di patuhi semasa Majlis Sulh diadakan?

Pertama: Semua pihak hendaklah bercakap mengikut giliran.

Kedua: Apabila suatu pihak bercakap, pihak lain hendaklah mendengar dan memberi perhatian.

Ketiga: Apabila bercakap hendaklah dalam keadaan tenang dan tidak meninggikan suara.

Keempat: Pihak-pihak hendaklah bercakap dan bertindak secara sopan dan tidak menyerang peribadi pihak lawan.

Kelima: Pihak-pihak tidak boleh berkomunikasi secara langsung antara mereka kecuali dengan kehadiran Pegawai Sulh

Keenam: Pihak-pihak hendaklah membuat akujanji akan mematuhi peraturan-peraturan ini.