faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

Saya tinggal di Perak tetapi saya bekerja di Pulau Pinang bolehkah saya memfailkan kes di Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang?

Saya tinggal di Perak tetapi saya bekerja di Pulau Pinang bolehkah saya memfailkan kes di Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang?

Jawapan:

Anda boleh memfailkan kes di Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang seiranya anda bermastautin atau tinggal di Negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang dibenarkan menurut undang-undang yang membolehkan anda memfailkan kes di Negeri Pulau Pinang walaupun tidak bermastautin atau tinggal di Pulau Pinang seperti perkara yang diperuntukan dalam seksyen 24 dan 25 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, Seksyen  112 Enakmen 5 Tahun 2004, seksyen 122 Enakmen 5 Tahun 2004 berkaitan pemfailan kes harta sepencarian berdasarkan perintah perceraian dikeluarkan dan juga kes-kes ubah perintah difailkan berdasarkan kepada perintah asal dikeluarkan.

 

 

Soalan Lazim

1.  Apakah peraturan-peraturan yang perlu di patuhi semasa Majlis Sulh diadakan?
2. Apakah Kelebihan Majlis Sulh?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan Sulh?
4. Apakah Peranan Badan Sokongan Keluarga?
5. Berapa lama proses panggilan untuk sebutan setelah kes didaftarkan?
6. Apakah sebab-sebab kelewatan kes berlaku di Mahkamah- Mahkamah Syariah?
7. Apakah syarat-syarat sesuatu kes Mal boleh didaftarkan di Mahkamah Syariah?
8. Apakah Jenis Pendaftaran Kes MAL?
9. Kenapa seseorang tidak dibenarkan berjumpa dan mengadu dengan Hakim secara terus?
10. Kenapa Mahkamah tak bayar nafkah sedangkan perintah telah dikeluarkan?
11. Bila surat penghakiman atau perintah dikeluarkan setelah kes selesai?
12. Apakah maksud Li'an?
13. Bagaimana seseorang boleh memohon Fasakh?
14. Bilakah seseorang suami itu boleh dianggap mati?
15. Apakah sebab-sebab seseorang perempuan yang ingin berkahwin perlu mendapatkan kebenaran wali Hakim?
16. Apakah makna Perceraian (Talaq)?
17. Bagaimanakah bentuk Pembubaran Perkahwinan (Penceraian) yang terdapat dalam Islam yg dipraktikkan?
18. Apakah Hak-Hak Isteri Selepas Penceraian?
19. Apakah yang dimaksudkan dengan Cerai Takliq dan bagaimana sabitan Takliq boleh berlaku?
20. Bila surat cerai akan dikeluarkan?
21. Apakah yang dimaksudkan Kes Faraid?
22. Apakah yang dimaksudkan Kes MAL?
23. Apakah yang dimaksudkan dengan Prosiding Mal?
24. Bagaimanakah caranya memulakan Prosiding Mal?
25. Bagaimana sekiranya pihak yang menuntut tidak berkemampuan untuk membayar fi yang ditetapkan?
26. Apakah yang dimaksudkan dengan Asabah?
27. Apakah boleh seorang pendakwa memberhentikan tindakannya untuk mendakwa (Orang Kena Tuduh) OKT pada
28. Bagaimanakah sekiranya OKT tidak diwakili oleh Peguambela/Peguam Syarie?
29. Apakah yang dimaksudkan dengan Wakalah?

Apakah peraturan-peraturan yang perlu di patuhi semasa Majlis Sulh diadakan?

Pertama: Semua pihak hendaklah bercakap mengikut giliran.

Kedua: Apabila suatu pihak bercakap, pihak lain hendaklah mendengar dan memberi perhatian.

Ketiga: Apabila bercakap hendaklah dalam keadaan tenang dan tidak meninggikan suara.

Keempat: Pihak-pihak hendaklah bercakap dan bertindak secara sopan dan tidak menyerang peribadi pihak lawan.

Kelima: Pihak-pihak tidak boleh berkomunikasi secara langsung antara mereka kecuali dengan kehadiran Pegawai Sulh

Keenam: Pihak-pihak hendaklah membuat akujanji akan mematuhi peraturan-peraturan ini.

Apakah Kelebihan Majlis Sulh?

Pihak-pihak memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan bagi sesuatu pertikaian. Berbeza dengan kes yang melalui perbicaraan keputusan kes ditentukan oleh Y.A Hakim. Keputusan di buat lebih mudah untuk diterima dan dilaksanakan kerana ianya dibuat secara persetujuan bersama. Kerahsiaan pihak-pihak terjamin kerana majlis sulh hanya boleh dihadiri oleh pihak-pihak yang bertikai dan Pegawai Sulh sahaja. Berbeza dengan perbicaraan yang diadakan dalam dewan bicara yang dihadiri oleh orang awam. Menjimatkan masa, kos dan tenaga semua pihak. Majlis sulh yang berjaya tidak perlu melalui proses perbicaran yang lama.

 

 

 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Sulh?

Suatu proses dimana pihak-pihak yang terlibat di dalam suatu pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan di panggil dan dipertemukan di dalam suatu majlis perundingan terpimpin secara rasmi. Ianya diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu dan sekiranya perdamaian tercapai ianya akan di keluarkan sebagai suatu perintah mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa. Selain itu Majlis Sulh ini juga dikenali sebagai proses penyelesaian pertikaian secara alternatif – ADR Alternatif Dispute Resolution.