faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

Apakah Peranan Badan Sokongan Keluarga?

Terdapat 5 peranan utama dalam penubuhan Badan Sokongan Keluarga, ianya terdiri daripada:

  • Meleraikan Konflik dihadapi wanita serta ibu tunggal yang berdepan masalah mendapatkan nafkah seperti diperintahkan mahkamah.
  • Melaksanakan penguatkuasaan ke atas perintah mahkamah khususnya dalam kes nafkah dan saraan.
  • Memberi khidmat nasihat perundangan Islam kepada orang awam.
  • Meyalurkan bantuan kewangan sara hidup sementara melalui sumber dana kewangan yang diharuskan hukum syarak kepada keluarga yang menghadapi masalah tuntutan nafkah.
  • Membetul salah faham terhadap kelewatan membabitkan masalah mematuhi perintah mahkamah seperti pembayaran nafkah dan hak penjagaan anak.