Bagaimanakah caranya memulakan Prosiding Mal?
Terdapat dua bentuk prosiding Mal iaitu:
1. Saman dan Pernyataan Tuntutan serta Lampiran
Pihak yang menfailkan Saman dan Pernyataan tuntutan disebut sebagai Plaintif manakala orang yang kena tuduh disebut sebagai Defendan.
2. Notis Permohonan dan Afidavit serta Ekshibit melalui Borang MS 27
Pihak yang menfailkan Permohonan dan Afidavit disebut sebagai Pemohon manakala orang yang kena tuntut/pohon disebut sebagai Responden.
Kes-kes yang dimulakan dengan saman adalah selain kes yang dimulakan dengan permohonan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004. Terdapat 17 kes yang hendaklah dipohon melalui permohonan iaitu:
1. Keizinan untuk melangsungkan perkahwinan seseorang orang belum dewasa
2. Pelantikkan wali am
3. Perintah bagi pendaftaran perkahwinan yang dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang.
4. Anggapan kematian
5. Pelantikkan penjaga harta seseorang orang belum dewasa.
6. Perintah bagi penjagaan bersama harta seseorang orang belum dewasa.
7. Perintah bagi pengubahan kuasa penjaga harta seseorang orang belum dewasa.
8. Perintah bagi pemecatan penjaga harta seseorang orang belum dewasa.
9. Kebenaran bagi pelupusan harta seseorang orang belum dewasa.
10. Kebenaran untuk menyara seseorang orang belum dewasa darupada pendapatan hartanya.
11. Perintah bagi penggunaan harta modal untuk menyara seseorang orang belum dewasa.
12. Perintah larangan yang berhubungan dengan harta seseorang orang belum dewasa.
13. Injuksi yang menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.
14. Perintah untuk mengetepikan dan injunksi yang menghalang, pelupusan harta untuk mengecewakan tuntutan nafkah.
15. Injunksi terhadap perkosaan oleh suami atau isteri atau bekas suami atau isteri.
16. Pengiktirafan perkahwinan yang diijabkabulkan di luar Negeri Pulau Pinang (Pengakuterimaan Paterniti)
17. Pengesahan Pengakuterimaan Paterniti oleh perempuan dalam 'eddah (Pembahagian Harta Pusaka)