Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Negeri Pulau Pinang

Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Rendah

1) Pendaftar menyemak permohonan untuk memastikan sama ada Mahkamah berbidangkuasa atau tidak bagi mendaftarkan permohonan tersebut berdasarkan :-

  • Kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen berkuatkuasa;

  • Kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah;

  • Hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali;

  • Permohonan disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh; sekiranya kes jenayah, tangkapan tanpa waran dan tiada jaminan.

 

2) Pendaftar tetapkan tarikh sebutan.

 

3) Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan;

  • Baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh;

  • Pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya;

  • Jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi sehingga faham;

  • Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan;

  • Jika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah;

  • Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan;

  • Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan;

    1. Jika bersetuju, Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan,

    2. Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan,

    3. Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang kena Tuduh.

  • Hakim jatuhkan hukuman.

 

4) Jika Orang Kena Tuduh tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes dibicarakan;

  • Dengar pemeriksaan utama Pendakwa Syarie;

  • Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);

  • Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);

  • Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie;

  • Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan;

  • Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh diperintah membela diri dengan tiga (3) cara; iaitu

    1. Memberi keterangan bersumpah; atau

    2. Memberi keterangan tidak bersumpah; atau

    3. Berdiam diri.

  • Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a), Orang Kena Tuduh boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada);

  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b), tiada proses keterangan soal balas dan soal semula;

  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c), Hakim terus perintah saksi-saksi Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada);

  • Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena Tuduh;

  • Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak;

  • Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman;

  • Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari.

Statistik Pelawat

8294718
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
4055
4502
19712
28128
104308
102214
8294718

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my
Hubungi Kami

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Julai 2023, 17:06:58. Oleh Unit ICT, JKSNPP