KONTINJEN NEGERI PULAU PINANG MERAIH 15 PINGAT SEMPENA MULTAQA MAHKAMAH SYARIAH (MUM'S) 2023

pic 1 pic 2 pic 3 pic 4
 
26 Ogos 2023 I Multaqa Mahkamah Syariah (MuM'S) 2023 anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan Kontinjen Negeri Pulau Pinang berada pada kedudukan keenam terbaik dalam carta dengan membawa pulang keseluruhan 15 pingat iaitu 5 emas, 2 perak dan 8 gangsa.
Ketua Kontinjen Negeri Pulau Pinang, Tuan Asrul Nizam bin Yahya menyatakan bahawa prestasi keseluruhan pada kali ini yang menduduki tempat keenam boleh dipertingkatkan prestasi dengan lebih cemerlang dengan usaha dan latihan yang lebih gigih.
Juara keseluruhan sukan dwitahunan pada kali ini adalah Kontinjen Negeri Sembilan dengan meraih 12 pingat emas, diikuti JKSM 7 pingat emas, Wilayah Persekutuan 7 pingat emas, Pahang dan Selangor masing-masing 5 pingat emas.
Kontinjen Negeri Pahang dan Negeri Selangor memperolehi 5 pingat emas sama seperti Negeri Pulau Pinang, walau bagaimanapun kedua-dua negeri tersebut mempunyai kelebihan pingat perak berbanding Pulau Pinang mempunyai 2 pingat perak.
Turut membanggakan atlet Kontinjen Negeri Pulau Pinang, Effendi bin Ahmad pemain pasukan boling dinobatkan olahragawan MuM'S 2023 dengan membawa pulang piala dan sijil sebagai pemangkin semangat kepada atlet untuk meningkat lagi prestasi permainan.
Kontinjen Pulau Pinang telah mengenalpasti beberapa aspek yang perlu dipertingkat dan diperkasakan untuk persediaan MuM'S yang akan datang pada tahun 2025 di Negeri Perak.