KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG KE ATAS KETUA POLIS NEGERI PULAU PINANG

pic 1 pic 2 pic 3 pic 4
 
20 Julai 2023 | YAA Dato' Muhamad Abdul Karim bin Wahab, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH CP Datuk Khaw Kok Chin, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang.
Kunjungan ini merupakan pertemuan yang julung kalinya diadakan semenjak pelantikan baharu YDH CP Datuk sebagai Ketua Polis Negeri Pulau Pinang yang telah berkuat kuasa pada 12 Mei 2023. Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara JKSNPP dengan PDRM. Di samping itu, melalui pertemuan ini JKSNPP berkongsi pandangan mengenai isu-isu perundangan syariah di Negeri Pulau Pinang.
Dalam pertemuan ini, JKSNPP juga mengambil peluang menerangkan tentang peranan dan fungsi JKSNPP dalam struktur pentadbiran Institusi Kehakiman Syariah di Negeri Pulau Pinang. YAA Dato’ KHS turut menyatakan hasrat beliau dalam membawa institusi ini lebih terkehadapan seiring dengan kehendak peredaran masa.
Turut hadir dalam pertemuan ini YA Hasniah binti Hassan, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Tuan Mohd Hafiz bin Idris, Pegawai Sulh dan Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).