BENGKEL BACAAN DAN PINDAAN PROSEDUR KERJA DAN PROSEDUR PENGURUSAN MS ISO 9001:2015 & MS ISO 37001:2016 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (JKSNPP) BAGI TAHUN 2023

pic 1 pic 2 pic 3 pic 4
 
9 OGOS 2023 | GEORGETOWN - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah mengadakan Bengkel Pindaan Prosedur Kerja (PK) Dan Prosedur Pengurusan (PP) MS ISO 9001:2015 & MS ISO 97001:2016 JKSNPP pada 7 hingga 9 Ogos 2023 di Bayview Hotel, Georgetown, Pulau Pinang.
Bengkel ini disertai oleh YAA Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab, Ketua Hakim Syarie JKSNPP dan peserta yang terlibat adalah seramai 47 orang di kalangan pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua Pendaftar JKSNPP, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pendaftar, Penolong Pendaftar dan kakitangan JKSNPP.
Bengkel ini diadakan adalah untuk menyelaraskan PK dan PP rentetan berlakunya perubahan pelaksanaan Sistem E-Syariah Versi 2 kepada Sistem E-Syariah Versi 3 yang melibatkan banyak perubahan sama ada dari segi pendaftaran kes dan pengurusan kes sama ada kes mal, jenayah dan faraid serta pengurusan kewangan.
Selain itu, bengkel ini juga diadakan adalah untuk penambahbaikan prosedur yang sedia ada sama ada dari segi PK dan PP mengikut keperluan dan perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa.
Pada akhir sesi bengkel, YAA Dato' Muhamad Abdul Karim bin Wahab menyatakan hasrat agar setiap keputusan yang telah dicapai melalui Bengkel Pindaan ini dapat dilaksanakan dan dipantau pelaksanaannya selaras dengan pindaan yang telah dipersetujui melalui bengkel ini sekaligus meningkatkan prestasi jabatan khususnya buat pelanggan JKSNPP.