FIT FOR MUM'S, AMANAT DAN SIMBOLIK PENYERAHAN PAKAIAN DAN PELEPASAN ALTLET KONTINJEN NEGERI PULAU PINANG SEMPENA MULTAQA

pic 1 pic 2
pic 3 pic 4
 
Georgetown, 21 Ogos 2023 │ Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JKSNPP (KESUPP) telah menganjurkan program FIT4MuM’S buat kontinjen Negeri Pulau Pinang sempena Multaqa’ Mahkamah Syariah (MuM’S) – Sukan Mahkamah Syariah Kali Ke-5 (SMS5) di Dewan Serbaguna Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang semalam di sini.
Program tersebut turut dihadiri YAA Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab; Ketua Hakim Syarie, Tuan Asrul Nizam bin Yahya; Ketua Pendaftar, YA Puan Hasniah binti Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, ketua-ketua pasukan dan seluruh atlet Negeri Pulau Pinang.
YAA Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab; Ketua Hakim Syarie turut mengambil kesempatan menyampaikan amanat sebelum Kontinjen Pulau Pinang bergerak ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan. Dalam amanatnya menyatakan semoga kejohanan ini dapat memupuk dan merapatkan lagi ukhuwah di antara kita semua disamping mempersembahkan sebaik mungkin sepanjang kejohanan dengan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi serta seterusnya beroleh kejayaan buat Negeri Pulau Pinang.
FIT4MuM’S ini juga dimulakan dengan acara senamrobik pada awal pagi kemudian sesi ceramah yang disampaikan oleh Tuan Muhamad Mustakin bin Mustain; Pegawai Unit Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah, Jabatan Belia Sukan Pulau Pinang. Selepas itu acara diteruskan dengan pelancaran baju kontinjen Pulau Pinang dan simbolik penyerahan baju kepada semua atlet. Di sebelah petang pula, kontinjen Pulau Pinang telah mengadakan latihan kawad dan seterusnya acara akhir iaitu simbolik pelepasan kontinjen Pulau Pinang ke USIM dilepaskan oleh YAA Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab; Ketua Hakim Syarie JKSNPP. Semoga kontinjen Pulau Pinang beroleh kejayaan sebagaimana yang disasarkan dalam kejohanan MuM’S – SMS5 2023 ini.