APC
TUJUAN
Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan ucapan mantan Ketua Jabatan, Dato’ Hj. Abdul Walid Bin Abu Hassan pada 5 Februari 2016 di dalam perhimpunan bulanan kali pertama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang pada 5 Februari 2016.
OBJEKTIF PENUBUHAN JAWATANKUASA PENILAIAN ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG (JPAPC)
Menghargai komitmen dan prestasi kakitangan yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam kerjaya. Sebagai motivasi kepada kakitangan untuk lebih cemerlang dan berdaya saing. Untuk memberi peluang kepada pekerja yang telah dipilih untuk dicalonkan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri. Diadakan sebanyak 4 kali setahun secara berkala. Meningkatkan prestasi dan integriti pekerja dalam kerjaya masing-masing.
3. AHLI PANEL 3.1 YAA Dato' Mohamad Shakir Bin Haji Abdul Hamid. 3.2 Puan Hasniah Binti Hassan 4. AHLI JAWATANKUASA 4.1 Tuan Mohd Yunus Bin Mohamad Zin - Pengerusi 4.2 Tuan Mohd Sanusi Bin Ishak - Ahli 4.3 Encik Mohd Saufee Bin Nayan - Ahli 4.4 Puan Nor Aziani Binti Mustaffa - Ahli 4.5 Puan Nur Liyana Hazwani Binti Mohamad Radzi - Ahli 4.6 Puan Asznira Binti Abdul Wahab - Ahli 4.7 Puan Nur Azira Binti Karim - Urusetia 5. KRITERIA PEMILIHAN 5.1 Kebolehupayaan untuk mematuhi arahan dari masa ke semasa. 5.2 Mempunyai kreativiti dalam menjalankan tugas. 5.3 Bermotivasi tinggi. 5.4 Pemilihan tidak berdasarkan gred dan pangkat. 5.5 Mempunyai kemahiran tertentu dalam menyelesaikan masalah. 5.6 Keupayaan mengawal keadaaan (dalam situasi tertentu). 5.7 Proaktif dalam menjalankan tugasan dan arahan. 5.8 Membudayakan nilai-nilai integriti dalam kerjaya dan perkhidmatan. 5.9 Tiada tindakan tatatertib. 5.10 Tiada rekod kelewatan berdasarkan kad perakam waktu tahun 2015 bagi bulan semasa (tanpa sebab munasabah) . 5.11 Sumbangan diperingkat jabatan, daerah, negeri, negara atau peringkat antarabangsa. 6. SYARAT-SYARAT PENCALONAN 6.1 Terbuka kepada semua kakitangan tanpa mengira gred dan jawatan. 6.2 Setiap pencalonan akan dibuat oleh ketua unit masing-masing. 6.3 Keputusan panel pemilihan adalah muktamad. 6.4 Pencalonan untuk anugerah ini terhad untuk seorang sahaja bagi setiap pemilihan (1 : 98). 6.5 Calon yang telah dipilih untuk anugerah ini berpeluang untuk dicalonkan dan dipilih bagi Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) bagi tahun semasa. 7. PEMILIHAN CALON UNTUK ANUGERAH INI 7.1 Jawatankuasa ini akan membuat pemilihan berdasarkan kriteria syarat-syarat seperti mana yang dinyatakan. 7.2 Pencalonan akan dicadangkan oleh ketua unit masing-masing di setiap daerah. 7.3 Ketua Unit hanya dibenarkan untuk mencalonkan SEORANG CALON SAHAJA bagi setiap pemilihan. 7.4 Jawatankuasa juga boleh memilih calon yang dirasakan layak berdasarkan kriteria dan syarat-syarat walaupun TANPA pencalonan ketua unit daerah berkenaan. 7.5 Pemilihan akhir akan diputuskan dan ditentukan oleh dua panel yang diketuai oleh YAA. Dato’ Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang. 7.6 Pencalonan mesti dibuat berdasarkan tarikh yang ditetapkan. 7.7 Pencalonan mesti diserahkan kepada Jawatankuasa pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Kegagalan mematuhi pada tarikh dan waktu ditetapkan menyebabkan pencalonan DITOLAK .
8. GANJARAN BAGI PENERIMA ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG (APC) 8.1 Penerima anugerah akan menerima sijil penghargaan dan saguhati khas dari YAA. Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang sendiri. 8.2 Penerima juga dapat melayakkan diri supaya dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 8.3 Penerima anugerah akan dipaparkan di sudut pengiktirafan JKSNPP, laman web jabatan dan e-sudut EKSA. PENERIMA APC 2016 PENERIMA APC 2017 PENERIMA APC 2018 PENERIMA APC 2019 PENGENALAN APC
PENERIMA APC