• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PENGISYTIHARAN PEGUAM SYARIE NEGERI PULAU PINANG 2021 SECARA ATAS TALIAN

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang(JKSNPP) hari ini telah mengendalikan prosiding pengisytiharan Peguam Syarie bagi Tahun 2021 secara atas talian.  


PEGUAM1

Uniknya, prosiding pengisytiharan Peguam Syarie kali ini dijalankan secara atas talian selaras dengan peruntukan Kaedah - kaedah Tatacara Mal Mahkamah Rendah Syariah (Perjalanan Mahkamah Syariah Melalui Teknologi Komunikasi Jarak Jauh) (Negeri Pulau Pinang) 2021 yang baharu sahaja diwartakan dan telah berkuatkuasa awal Februari yang lalu. Pengisytiharan ini telah berlangsung di hadapan Yang Amat Arif Dato' Muhamad Abdul KArim bin Wahab, Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang dan Yang Amat Arif Mohd Zawawi bin Noor, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang. Turut hadir dalam prosiding ini wakil Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Pulau Pinang iaitu Puan Hasniah binti Hassan, Ketua Pendaftar JKSNPP, Tuan Muhammad Zamri bin Roslan, Ketua Pendakwa Syarie, dan Puan Naizatul Zima binti Tajudin wakil Yang Berhormat Dato' Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang.

Seramai 34 orang calon baharu Peguam Syarie Negeri Pulau Pinang telah diberikan kebenaran untukk berguam di Negeri Pulau Pinang. Semua calon Peguam Syarie yang memohon untuk diterima masuk sebagai peguam telah dinilai oleh jawatankuasa yang telah dilantik. Peguam- peguam baharu bersama mover masing- masing yang mewakili peguam berinteraksi secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Cisco Webex. Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pulau Pinang sebelum ini telah memberikan pengecualian kehadiran fizikal kepada semua peguam yang terlibat.

Seusai prosiding, Yang Amat Arif Dato' Muhamad Abdul Karim bin Wahab mengambil kesempatan memberikan nasihat kepada semua Peguam Syarie baharu supaya sentiasa menjaga tahap profesionalisme yang tinggi dan beretika sebagai Peguam Syarie ini serta memberikan perkhidmatan guaman yang terbaik, amanah dan berkesan kepada pelanggan. Beliau mengingatkan bahawa sebagai Peguam Syarie, prinsip - prinsip dan falsafah keadilan dalam perundangan syariah hendaklah dihayati dan diamalkan sepanjang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam kehidupan bersesuaian dengan slogan "Syariah Asas Keadilan". 

 

2 PEGUAM3

 

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

E-Perkhidmatan

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5949118
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
610
3773
20236
21053
80141
72885
5949118

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 22 Julai 2021, 13:07:25. Oleh Unit ICT, JKSNPP