• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Negeri Pulau Pinang

Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KETUA MENTERI PULAU PINANG

ISNIN, 30 NOVEMBER 2020 – Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang(JKSNPP), Y.A.A Muhamad Abdul Karim bin Wahab telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow bagi berkongsikan perkembangan baharu pengukuhan dan pembangunan Institusi Kehakiman Syariah di Negeri Pulau Pinang.

Mengiringi delegasi tersebut adalah Ketua Pendaftar, Puan Hasniah binti Hassan bersama Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie iaitu Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi juga dari JKSNPP. Selain berkongsi tentang pembangunan terkini JKSNPP, kunjungan ini juga berkongsikan tentang pendekatan atau kaedah penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan sepanjang dalam tempoh wabak Covid-19 yang sedang melanda.  

 

PKM2 PKM3

 

Malah YAA Muhamad Abdul Karim bin Wahab turut memaklumkan bangunan baharu Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah telah siap dibina dan telah diduduki sepenuhnya pada 20 Julai 2020.

Di samping itu, beberapa isu membabitkan projek pembangunan dan pembaikan di mahkamah-mahkamah daerah sedang giat dijalankan sehingga hujung tahun ini. Di akhir pertemuan, Y.A.A Ketua Hakim Syarie mengucapkan terima kasih di atas kesudian Y.A.B Ketua Menteri menerima kunjungan hormat dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.

 

PKM1 PKM4

 

 

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

E-Perkhidmatan

Maklumbalas

Statistik Pelawat

8286835
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
674
3547
11829
28128
96425
102214
8286835

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my
Hubungi Kami

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Julai 2023, 17:06:58. Oleh Unit ICT, JKSNPP