KUMPULAN SURFACTANT MEWAKILI JKSNPP SERTAI APIC 2020
RABU, 19 NOVEMBER 2020 – Team Excellence(TE) Surfactant, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah layak menyertai pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan di Persidangan APIC 2020 (Annual Productivity and Innovation Conference and Exposition) anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC).
Penyertaan tahun ini dibuat secara maya melalui platform GoWebMinar bermula 17 sehingga 20 November 2020. Persidangan ini telah dirasmikan secara maya oleh Dato' Abdul Latif bin Haji Abu Seman, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC).
Secara keseluruhannya sebanyak 240 kumpulan inovasi yang terdiri daripada sektor awam dan swasta dari seluruh Malaysia menyertai APIC 2020 pada tahun ini.TE Surfactant adalah merupakan satu-satunya agensi di bawah Kerajaan negeri Pulau Pinang yang layak menyertai Persidangan APIC 2020 untuk mempertandingkan sebuah projek inovasi yang dinamakan i-WATCH (Interactive Wakalah Technology Conference).

Projek Inovasi i-WATCH ini merupakan projek inovasi perkhidmatan yang memudahkan dan mempercepatkan proses berwakalah di antara peguam syarie dan anak guam iaitu berwakalah secara atas talian.
Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab turut hadir memberikan kata - kata semangat dan motivasi kepada ahli kumpulan Surfactant dan turut sama menyaksikan pembentangan kumpulan ini secara maya.

TE Surfactant yang dibimbing oleh Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi selaku Pegawai Inovasi JKSNPP dan terdiri daripada 8 orang ahli yang diketuai oleh Tuan Mohd Hafiz bin Idris, Tuan Abdul Rahman bin Abdullah, Tuan Haji Mohd Yusri bin Salleh, Tuan Muaz bin Marzuki, Puan Rosmah bin Masri, Puan Addawiah binti Ahmad, Puan Nor Baayah binti Mohd Noor serta Puan Siti Aishah binti Ibrahim bersiaran lansung dari Bilik Latihan, Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang.
TE Surfactant layak ke APIC 2020 berdasarkan kepada kejayaan kumpulan memperoleh dua Anugerah Emas di pertandingan inovasi yang telah disertai iaitu Mini Konvensyen Team Excellence (MTex) Wilayah Utara yang telah diadakan pada 22 Jun 2020 dan pertandingan Regional Innovation Showcase On Team Excellent (RISTEX 2020) pada 1 hingga 2 September 2020.
Tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat secara langsung serta tidak langsung dalam projek inovasi ini khususnya Team Surfactant.
