HARI INOVASI 2020
JUMAAT, 02 OKTOBER 2020 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) sekali lagi menganjurkan program tahunan Hari Inovasi dengan objektif untuk memperkasakan budaya inovasi dan kreativiti di kalangan warga JKSNPP.
Selain itu, objektif Hari Inovasi ini juga diadakan adalah untuk memerikan pengiktirafan serta penghargaan kepada warga jabatan yang berjaya menghasilkan inovasi yang signifikan serta memberi impak yang besar kepada perkembangan dan kemajuan organisasi.

Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, JKSNPP ini mendukung tema "Budaya Inovasi, Pemangkin Kecemerlangan Perkhidmatan Kehakiman Syariah". Tema ini melambangkan komitmenn jabatan selaras dengan usaha kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam berasaskan inovasi dan kreativiti.
Yang Amat Arif Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab selaku Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman SYariah Negeri Pulau Pinang telah merasmikan majlis ini dan seterusnya menyampaikan hadiah Anugerah Inovasi yang telah dipertandingkan seperti Anugerah Kejayaan KIK Kumpulan Surfactant 2020, Anugerah Inoovation Blast 2020 dan Hadiah Pemenang Kuiz Inovasi.
Majlis hari ini juga turut diserikan lagi dengan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Pengurus Kanan, MPC Wilayah Utara, Tuan Abdul Malek bin Mohamad Aripin. Sambutan Hari Inovasi ini diharap mampu memberi dorongan kepada warga jabatan agar tidak jemu untuk terus berinovasi dan mencari idea - idea baru dalam menyampaikan perkhidmatan dengan lebih baik.
