LAWATAN JAKESS KE MRS SEBERANG PERAI TENGAH
SELASA, 01 SEPTEMBER 2020 – Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah telah menerima lawatan sulong daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor setelah mula beroperasi sepenuhnya di bangunan baru pada 20hb Julai 2020 dan telah diadakan Majlis Penyerahan Kunci pada 15 Julai 2020.
Lawatan daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor(JAKESS) telah diketuai oleh YA Zulfikri bin Yasoa' iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor dan turut serta dalam lawatan tersebut juga adalah YA Noor Huda binti Roslan, Ketua Pendaftar JAKESS serta pegawai dan kakitangan JAKESS seramai 11 orang.
Lawatan ini telah disambut sendiri oleh Ketua Hakim Negeri Pulau Pinang, Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab, Ketua Pendaftar JKSNPP, Puan Hasniah binti Hassan serta Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Tengah, Tuan Mohd Anuar bin Shaari selaku tuan rumah serta pegawai - pegawai dan kakitangan JKSNPP dan MRS SPT.
Selain dapat mengeratkan silaturahim bagi kedua - dua jabatan, lawatan ini merupakan lawatan bagi meninjau dan mendapatkan input serta informasi berkaitan dengan dengan pembinaan bangunan baru MRS Seberang Perai Tengah ini. Oleh itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diwakili oleh Jurutera Daerah MRS Seberang Perai Tengah, Puan Suhaili binti Mat Saad telah memberikan sedikit taklimat berkaitan dengan pembangunan bangunan baru ini. Kemudian, sesi taklimat berkaitan dengan kemudahan-kemudahan yang telah diwujudkan di bangunan baru tersebut juga telah disampaikan oleh Pegawai Sulh MRS SPT Tuan Muhammad Fadlan bin Othman, selaku tuan rumah pada lawatan kali ini.