• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Negeri Pulau Pinang

Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

YDPA RASMI KOMPLEKS KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

SABTU, 21 DISEMBER 2019 – Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan bercemar duli merasmikan Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang pada hari ini.

Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di perkarangan Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang pada jam 10.30 pagi telah disambut oleh Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff; Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dan isteri, Puan Tan Lean Kee; Timbalan Ketua Menteri I merangkap Exco Hal-Ehwal Agama Islam, Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; barisan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan kerajaan. Turut serta pada majlis tersebut Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im Bin Mokhtar dan Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, YAA Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid.    

Dalam ucapan, Yang Di Pertuan Agong bertitah agar usaha meningkatkan dan menyebarkan syiar Islam perlu diteruskan dengan sistem yang serba lengkap supaya Islam dapat menjadi agama yang dipandang tinggi dan dicontohi serta perlu kerjasama erat bersama dengan agama-agama yang lain supaya setiap rakyat yang dinaungi berada dalam keadaan harmoni.

Selain itu, Baginda juga berharap agar jawatan Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Syariah dipertingkatkan mengikut kelayakan. "Kalau kita memperluas status hakim Mahkamah Syariah ke tahap tinggi, saya percaya ramai yang berkumpul untuk mendapatkan jawatan itu. Tetapi kalau kita mengehadkan jawatan ini kepada tahap yang tidak begitu menarik, mungkin jawatan ini akan dianggap sebagai sambil lewa dan jawatan yang tidak dapat menaikkan karier mereka sebagai seorang hakim," titah baginda.

Baginda juga bertitah, "impian hendak lihat jabatan mufti, hakim dapat diberi tempat sewajarnya. Kita lihat, kita tahu, kita dengar selalu. Macamana keadaan agama Islam dihebohkan, boleh dapat kurangkan masalah dan dipercepatkan untuk diselesaikan".

Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di akhir titah, telah melafazkan titah perasmian dan seterusnya turut berkenan untuk menandatangani plak perasmian kompleks jabatan ini. Baginda seterusnya berkenan melawati dewan perbicaraan bagi menyaksikan simulasi perbicaraan.

Yang Di Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong berangkat pulang dari perkarangan Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang lebih kurang jam 12.00 tengahari.

Bagi semua warga kerja agensi - agensi yang terlibat dalam majlis ini samada negeri atau persekutuan, majlis hari ini melakarkan sejarah dan kenangan tersendiri khususnya kepada warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. 

    

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

E-Perkhidmatan

Maklumbalas

Statistik Pelawat

8286591
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
430
3547
11585
28128
96181
102214
8286591

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my
Hubungi Kami

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Julai 2023, 17:06:58. Oleh Unit ICT, JKSNPP