LAWATAN PENANDA ARAS EKSA MSN MELAKA KE JKSNPP
JUMAAT, 01 NOVEMBER 2019 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang(JKSNPP) telah menerima lawatan penanda aras EKSA daripada Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM).
Lawatan ini merupakan program perkongsian maklumat dalam perlaksanaan amalan EKSA dan juga lawatan timbal balik antara JKSNPP dan MSNM, disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan jabatan ini dan kakitangan di MSNM. Rombongan lawatan daripada MSNM telah tiba di perkarangan JKSNPP seawal jam 6.00 pagi dan telah diberikan bilik rehat sebelum makan pagi dan sebelum meneruskan agenda yang seterusnya yang telah diaturkan oleh pihak JKSNPP.
Selesai makan pagi dan sesi bergambar bersama Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, lebih kurang jam 9.30 pagi rombongan lawatan telah dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama, JKSNPP untuk agenda seterusnya. Dalam agenda pagi ini, Y.A Tuan Mohd Zawawi Bin Nor selaku wakil Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang telah memberikan ucapan selamat datang kepada semua peserta lawatan. Kemudian ucapan balas daripada pihak MSNM telah disampaikan oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka yang mewakili Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka yang tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kemudian acara diteruskan lagi dengan taklimat ringkas jabatan ini yang telah disampaikan oleh Puan Hasniah Binti Hassan selaku Ketua Pendaftar, JKSNPP dan seterusnya taklimat ringkas berkaitan dengan perlaksanaan EKSA di JKSNPP telah disampaikan oleh Y.A Tuan Mohd Yunus Bin Mohamad Zin, Penyelaras EKSA JKSNPP. Para peserta juga telah berpeluang meninjau sendiri perlaksaan EKSA di jabatan ini apabila semua peserta telah dibawa untuk melawat amalan EKSA di Zon Georgetown dan Zon Batu Gantung. Lawatan telah berakhir pada jam 12.15 tengahari.
Lawatan kali ini amat istimewa apabila satu pertandingan persahabatan boling antara peserta lawatan MSN Melaka dan JKSNPP yang telah diadakan pada 2 November 2019 hari Sabtu jam 8.00 malam bertempat Pusat Boling Sunshine, Bayan Lepas Pulau Pinang. Dalam perlawanan persahabatan tersebut JKSN Pulau Pinang telah dinobatkan juara keseluruhan pada malam itu. Perlawanan ini adalah sebagai program bagi mengeratkan hubungan persahabatan dan tali silaturrahim antara dua jabatan tersebut.