• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Negeri Pulau Pinang

Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN TAHUN 2019

SABTU, 31 OGOS 2019 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang(JKSNPP) telah menyertai Perarakan Sambutan Kemerdekaan Yang Ke-62 Peringkat Negeri Pulau Pinang.  

Sambutan Kemerdekaan peringkat negeri pada tahun ini telah diadakan di Dataran Pemuda Merdeka, Butterworth, Pulau Pinang. Kontinjen JKSNPP merupakan kontinjen yang keenam dalam perarakan tersebut dan dianggotai seramai 60 orang kakitangan jabatan ini pelbagai skim perkhidmatan dan diketuai oleh YA Mohd Yunus Bin Mohamad Zin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang. Perarakan hari kemerdekaan sejauh lima kilometer ini melibatkan sebanyak 113 kontinjen daripada sektor awam, swasta dan badan - badan bukan kerajaan serta persatuan - persatuan yang membabitkan lebih kurang seramai 6500 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa yang bersatu dalam satu sambutan.

Pada sambutan kali ini, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas bersama isteri, Toh Puan Majimor Shariff serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Barisan Exco Negeri turut hadir memeriahkan lagi sambutan peringkat negeri ini. Sambutan di negeri Pulau Pinang ini amat meriah dengan kehadiran pengunjung daripada pelbagai kaum, bangsa dan tidak kira peringkat umur dan daat mengukuhkan lagi semangat perpaduan antara rakyat berbilang bangsa ini.

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

E-Perkhidmatan

Maklumbalas

Statistik Pelawat

8286891
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
730
3547
11885
28128
96481
102214
8286891

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my
Hubungi Kami

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Julai 2023, 17:06:58. Oleh Unit ICT, JKSNPP