• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Negeri Pulau Pinang

Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

MAJLIS PENGISYTIHARAN DAN PENTAULIAHAN PEGUAM SYARIE 2019

KHAMIS, 8 OGOS 2019 – Majlis Pengisytiharan dan Pentauliahan Peguam Syarie bagi tahun 2019 telah berlangsung di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi bagi Majlis Pengisytiharan yang telah berlangsung di dalam Dewan 4, Dewan Bicara Mahkamah Tinggi Syariah se

Majlis bermula jam 8.30 pagi dengan majlis pengisytiharan yang telah dilaksanakan di dalam Dewan 4, Dewan Bicara Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan seterusnya Majlis Pentauliahan telah berlangsung di Dewan Serbaguna pada jam 12.00 tengahari. Seramai 41 orang peguam syarie yang telah ditauliahkan pada majlis kali ini.

 

Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman dan beliau seterusnya dijemput untuk menyampaikan tauliah kepada 41 orang peguam yang hadir pada majlis pada kali ini. Selain itu, turut hadir beberapa orang jemputan khas yang telah dijemput bagi memeriahkan majlis ini iaitu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Mufti Negeri Pulau Pinang iaitu Sahibus Samahah Dato' Seri Haji Wan Salim bin Mohd Noor dan diiringi oleh Y.A.A Dato' Mohamad Shakir bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang dan semua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pulau Pinang. Majlis tamat pada jam 1.00 tengahari dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengahari.

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

E-Perkhidmatan

Maklumbalas

Statistik Pelawat

8286835
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
674
3547
11829
28128
96425
102214
8286835

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my
Hubungi Kami

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Julai 2023, 17:06:58. Oleh Unit ICT, JKSNPP