LITERASI SYARIAH KALI KEDUA TAHUN 2018
KHAMIS, 30 OKTOBER 2018 – Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang (JKSNPP) telah menganjurkan Literasi Syariah kali kedua bagi tahun 2018. Program tersebut telah diadakan di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang dengan usahama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan telah dirasmikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, YAA Dato’ Mohamad Shakir bin Abdul Hamid.
Program ini telah dihadiri oleh peserta daripada kalangan imam dan ahli jawatankuasa masjid serta surau bagi seluruh daerah Seberang Perai Utara yang dijemput khas ke program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta maklumat asas berkaitan dengan Undang – undang Syariah khususnya di Negeri Pulau Pinang ini. Para peserta daripada kalangan ahli jawatankuasa masjid ini telah dipilih untuk menghadiri seminar ini adalah kerana mereka merupakan golongan yang penting dalam sesebuah komuniti masyarakat sebagai tempat rujukan utama bagi mendapatkan panduan berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh ahli komuniti. Oleh itu, mereka merupakan golongan yang seharusnya diberikan pendedahan awal berkaitan Undang – undang Syariah yang bertepatan dengan peranan mereka dalam sesebuah komuniti.
Program yang telah membicarakan tentang peranan pegawai masjid dalam memperkasakan Undang – undang Syariah telah disampaikan oleh Y.A Haji Shukeri Najib bin Ab. Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah Melaka dan Tuan Asrul Nizam bin Yahya, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara. Aturcara program ini selesai pada jam 1.00 petang.
Sekian, terima kasih.