PERHIMPUNAN BULANAN KETUA HAKIM SYARIE BIL 2/2018
JUMAAT, 1 JUN 2018 – Perhimpunan Bulanan Ketua Hakim Syarie Bil 2/2018 telah diadakan di Dewan Bicara, Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Perhimpunan ini diadakan adalah bagi mendengar amat daripada YAA Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang.
Majlis dimulakan pada jam 3.00 petang oleh Pengerusi Majlis, Tuan Mohamad Fadlan Bin Othman dan diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Muhamad Yazid Bin Yussof. Seterusnya YAA Tuan Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang telah dijemput untuk memberi ucapan beliau pada perhimpunan kali ini. Antara intipati ucapan YAA adalah berkenaan perkhidmatan di kaunter perlulah ada jalinan kerjasama dan bersifat mesra pengguna. YAA menjadikan contoh kes yang tular mengenai salah seorang kakitangan Imigresen sebagai teladan.
Agenda majlis kemudianya diteruskan dengan slot ceramah Aman Palestin yang disampaikan untuk memberi gambaran bagaiman kehidupan umat Islam di Palestin yang tidak berputus asa berjuang untuk mengembalikan negara mereka dan diakhir ceramah kakitangan-kakitangan Jabatan telah diminta memberi sumbangan seikhlas hati bagi membantu penduduk Palestin yang memerlukan bantuan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang, Tuan Muhamad Sanusi Bin Ishak telah diminta untuk memberi sedikit taklimat berkaitan anugerah tersebut. Anugerah bagi sesi kedua 2018 telah diberikan kepada Puan Addawiah Binti Ahmad (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) tahniah diucapkan semoga terus memberi perkhidmatan yang cemerlang pada masa akan datang. Majlis kemudian diteruskan dengan Slot Badan Kebajikan Dan Sukan JKSNPP (BAKEPP), di dalam slot ini ahli BAKEPP yang ditimpa musibah samada ahli atau keluarga yang dimasukkan ke hospital, ahli yang terlibat dalam kemalangan, kematian ahli keluarga dan sumbangan juag diberikan sempenan kelahiran cahaya mata. Pihak BAKEPP juga telah berbesar hati untuk memberi sumbangan cenderahati diatas penglibatan dalam program Tadarus yang dianjurkan sempena bulan Ramadan.
Akhir sekali majlis menjemput ahli BAKEPP yang dilahirkan pada bulan April 2018 hingga Jun 2018 yang diraikan dengan pemberian cenderahati bagi memperingati hari kelahiran mereka. Berakhir sudah perhimpunan bulanan kali, warga Jabatan diminta bersurai bagi persiapan majlis iftar yang akan diadakan selepas selesainya majli perhimpunan ini.
Sekian, terima kasih.