• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Negeri Pulau Pinang

Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

LITERASI UNDANG-UNDANG "BUAL BICARA BERSAMA SELEBRITI"

ISNIN, 9 APRIL 2018 – Program Literasi Undang-Undang "Bual Bicara Bersama Selebriti" telah diadakan bertempat di Aras 1, Dewan Sebaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. 

 Program Literasi Undang-Undang Siri 1/2018, disasarkan kepada Kakitangan Awam Pulau Pinang bertujuan untuk mendedahkan serta menambahkan pengetahuan dikalangan kakitangan Awam Negeri Pulau Pinang berkaitan proses Undang-Undang Mahkamah Syariah di Negeri ini. Mahkamah Syariah telah pun mengalami banyak perubahan terutama dari sudut sistem perundangannya dan juga pentadbirannya. Salah satu prinsip pemakaian undang-undang yang agak penting ialah soal pengiktirafan (recognition) masyarakat. Apabila masyarakat merasakan Mahkamah Syariah boleh diharapkan, diberikan kepercayaan dan boleh menyelesaikan masalah-masalah dalam masyarakat, maka disitulah wujudnya pengiktirafan di kalangan masyarakat sebagai tempat rujukan bagi menyelesaikan konflik kekeluargaan sesuai dengan kuasa peruntukkan undang-undang yang diberikan. Atas dasar tersebut program Literasi Undang-Undang Siri 1/2018 diadakan yang memberi fokus kepada Kakitangan Awam Pulau Pinang yang merupakan penghubung informatif berkaitan perundangan Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang dengan masyarakat.

Antara objektif program ini diadakan adalah pertamanya memberikan informasi dan pendedahan kepada Kakitangan Awam Negeri Pulau Pinang berkaitan proses litigasi, tatacara dan prosedur perundangan Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang serta hala tuju perkhidmatan kepada Masyarakat. Objektif kedua adalah menjadikan program ini sebagai platform interaktif bersama Kakitangan Awam Negeri Pulau Pinang berkaitan isu-isu litigasi dan perundangan yang melibatkan agensi-agensi yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung, secara kolaborasi dan juga sebagai agensi-agensi perlaksana. Objektif terakhir adalah menjadikan program ini sebagai medium mengeratkan hubungan antara Kakitangan Awam Negeri Pulau Pinang dengan Institusi Mahkamah Syariah secara harmoni serta dapat mempertingkatkan dan memartabatkan institusi Mahkamah Syariah sebagai Badan Kehakiman Syariah sesuai dengan prinsip “Masyarakat Dibela, Syariah Terpelihara”.

 Majlis Dimulakan pada jam 2.15 petang oleh pengerusi majlis iaitu Tuan Asrul Nizam Bin Yahya, Bagi sesi ceramah yang pertama telah disampaikan oleh YA Wan Mahyuddin Bin Wan Muhammad dengan tajuk Isu-isu Kekeluargaan di Mahkamh Syariah. Pelbagai input yang diperolehi terutamanya berkaitan tatacara prosedur kes mahkamah, senario kes dimahkamah dan cabaran yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah. Turut diselitkan adalah tayangan video Mahkamah Syariah untuk tontonan hadirin yang hadir.

 Selesai tayangan video tersebut maka berakhirlah slot pertama dalam program kali ini. Majlis diteruskan dengan slot kedua yang dinantikan oleh hadirin yang hadir iaitu "Bual Bicara Bersama Selebriti". Pihak Jabatan ini telah berbesar hati menjemput Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai selebriti tv Al-Hijrah dan Astro Oasis untuk menjayakan slot kedua ini bersama moderator Tuan Mohd Anuar Bin Shaari daripada Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang.

 Pelbagai perkongsian ilmu yang dapat diperolehi terutamanya berkaitan isu kekeluarga daripada soalan-soalan yang diberikan oleh moderator kepada Ustaz Don Daniyal dan disamping selingan lawak jenaka daripada ustaz Don Daniyal bagi menarik hadirin untuk terus mendengar isu yang sedang dibincangkan dalam bual bicara tersebut.

 Majlis pada petang tersebut berakhir pada jam 4.30 petang dengan hadirin yang hadir mengambil peluang untuk bergambar bersama Ustaz Don Daniyal sebagai kenangan. Diharapkan objektif daripada program ini tercapai dalam memberi maklumat-maklumat berkaitan isu kekeluargaan dan isu-isu mahkamah syariah secara umumnya. Sekian, terima kasih.

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

E-Perkhidmatan

Maklumbalas

Statistik Pelawat

8286475
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
314
3547
11469
28128
96065
102214
8286475

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my
Hubungi Kami

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 25 Julai 2023, 17:06:58. Oleh Unit ICT, JKSNPP