PERHIMPUNAN BULANAN KETUA HAKIM SYARIE BIL 4/2017
JUMAAT, 22 DISEMBER 2017 – Perhimpunan Bulanan Ketua Hakim Syarie Bil 4/2017 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang. Perhimpunan ini diadakan adalah bagi mendengar amat daripada YAA Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang.
Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi oleh Pengerusi Majlis, Tuan Nik Suhaimi Bin Nik Saberi dan diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Sukimam Bin Mat Yasin. Seterusnya YAA Tuan Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang telah dijemput untuk memberi ucapan beliau pada perhimpunan kali ini. Antara intipati ucapan YAA adalah berkenaan pertukaran kakitangan Jabatan dan turut diraikan mantan Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang Dato' Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan. YAA menyentuh tentang cabaran dalam mentadbir urus dari segi kewangan, aset dan sumber manusia. Akhir sekali YAA juga mengucapkan terima kasih diatas khidmat bakti yang telah diberikan oleh kakitangan yang baru bertukar dari Jabatan ini.
Agenda majlis kemudianya diteruskan dengan Majlis Jasamu Dikenang 12 orang kakitangan Jabatan yang telah bertukar dari JKSN Pulau Pinang iaitu Mantan Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Dato' Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan, Tuan Mohd Zawawi Bin Nor (mantan Ketua Pendaftar), Tuan Ahmad Irwan Bin Ismail (mantan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah), Tuan Muhammad Ridhuwan Bin Ibrahim (mantan Hakim MRS Seberang Perai Utara), Tuan Faiyzan Bin Ahmad (mantan Hakim MRS Timur Laut), Tuan Haji Mohamad Shahidan Bin Abdul Ghapar (mantan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sokongan Keluarga), Tuan Mohamad Yusri Bin Kasim (mantan Hakim MRS Seberang Perai Selatan), Tuan Nik Bukhari Bin Nik Yahya (mantan Hakim MRS Seberang Perai Tengah), Tuan Rifauddin Bin Abdul Wahab (mantan Pegawai Penyelidik KHS), Tuan Mohd Husni Za'im Bin Mohd Said (mantan Pegawai Sulh MTS), Encik Mohd Hanif Bin Ismail (mantan Penolong Pegawai BSK) dan Encik Muhammad Fadli Bin Mat Esa (mantan Pembantu Syariah BSK). Dato' Haji Abdul Walid Bin Abu Hassan telah diminta untuk memberi ucapan dan diikuti oleh pegawai-pegawai lain yang bertukar. Segala khidmat bakti yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di JKSN Pulau Pinang amatlah dihargai.
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang, YA Tuan Mohd Yunus Bin Mohamad Zin telah diminta untuk memberi sedikit taklimat berkaitan anugerah tersebut. Anugerah bagi sesi ketiga 2017 telah diberikan kepada Encik Muhammad Bin Shaari (Pembantu Syariah MRS Seberang Perai Selatan), diikuti penerima anugerah bagi sesi keempat iaitu Encik Sukimam Bin Mat Yasin (Pembantu Syariah MRS Seberang Perai Tengah), seterusnya adalah penerima bagi Anugerah Khas iaitu Encik Saud Hamid bIn Hassan (Pemandu Kenderaan Jabatan) dan akhir sekali adalah Anugerah Pekerja Cemerlang sepanjang Tahun 2017 yang diberikan kepada Encik Mohd Helmi Bin Ismail (Pembantu Syariah MRS Seberang Perai Utara) tahniah diucapkan dan semoga dengan penganugerahan ini akan menaikan lagi semangat untuk terus berjaya pada masa akan datang. Majlis kemudian diteruskan dengan Slot Badan Kebajikan Dan Sukan JKSNPP (BAKEPP), di dalam slot ini ahli BAKEPP yang ditimpa musibah samada ahli atau keluarga yang dimasukkan ke hospital, ahli yang terlibat dalam kemalangan, kematian ahli keluarga dan sumbangan juag diberikan sempenan kelahiran cahaya mata.
Akhir sekali majlis menjemput ahli BAKEPP yang dilahirkan pada bulan Julai 2017 hingga Disember 2017 yang diraikan dengan pemberian cenderahati dengan upacara memotong kek Hari Lahir diatas pentas bersama-sama YAA Tuan Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid yang kebetulan menyambut hari lahirnya pada hari tersebut (22 Disember 2017). Berakhirnya acara memotong kek tersebut maka majlis telah tiba dipenghujungnya, pegawai dan kakitangan JKSN Pulau Pinang dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.
Sekian, terima kasih.

















