SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 1439H
JUMAAT, 1 DISEMBER 2017 – Sambutan Maulidur Rasul 1439H seperti lazimnya dimeriahkan dengan ceramah dan perarakan berwarna-warni kontinjen daripada pelbagai lapisan masyarakat kerana kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Peserta perarakan turut melaungkan kata-kata pujian dan selawat ke atas Rasulullah SAW yang diputerakan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 570 Masihi di Kota Makkah.
Di Pulau Pinang tidak ketinggalan dengan sambutan Maulidur Rasul yang telah diadakan di Masjid Nurul Iman, Bukit Panchor. Kontinjen Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang juga turut menyertai sambutan tersebut yang mana telah disertai oleh 44 orang peserta yang telah diketuai oleh Tuan Mohd Fariq Azaimi bin Apandi, Pegawai Sulh, Mahkamah Rendah SYariah Timur Laut. Ketua Hakim Syarie YAA. Tuan Mohamad Shakir bin Abdul Hamid juga tidak ketinggalan hadir untuk menjayakan perarakan sambutan Maulidur Rasul tersebut.
Perarakan yang bermula dari Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal dan berakhir di masjid itu diketuai Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon dan diiringi oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus.
Pada majlis itu, turut diadakan solat sunat berjemaah dan tazkirah dhuha yang dipimpin oleh Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan Mohd Zaki Abdul Halim.
Sekian, terima kasih.





