MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) JKSN PULAU PINANG
SELASA, 28 NOVEMBER 2017 – Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Hakim-hakim, pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna JKSNPP. Ikrar Bebas Rasuah ini dianjurkan oleh Unit Integriti, JKSNPP.
Seramai kira-kira 100 orang yang terdiri dari Hakim-hakim, pegawai-pegawai dan kakitangan dari setiap Mahkamah Syariah daerah di Pulau Pinang iaitu Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Tengah, Daerah Seberang Perai Selatan, Daerah Barat Daya, Daerah Timur Laut serta Ibu pejabat JKSNPP. Majlis ikrar Bebas Rasuah tersebut telah diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang iaitu YAA. Tuan Mohamad Shakir bin Haji Abdul Hamid dan disaksikan oleh Dato’ Abdul Aziz Aban, Pengarah Pencegahan Rasuah Pulau Pinang.
Ikrar Bebas Rasuah kemudiannnya ditandatangani oleh YAA. Tuan Mohamad Shakir bin Haji Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang dan Dato’ Abdul Aziz Aban Pengarah Pencegahan Rasuah Pulau Pinang dan disaksikan oleh Puan Hasniah binti Hassan, Ketua Pendaftar JKSNPP.
Turut diselitkan dalam program ini ialah taklimat pencegahan rasuah yang telah disampaikan oleh Pengarah (SPRM) Pulau Pinang iaitu Dato’ Abdul Aziz Aban. Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan yang julung kali diadakan di JKSNPP dan seterusnya akan dijadikan sebagai penanda aras di JKSNPP yang merupakan institusi keadilan negeri.
Sekian, terima kasih.




