Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan ini. Pertanyan akan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja.

Security code
Refresh

Maklumbalas/Pertanyaan   

#93 RE : Waktu operasiAdminJKSNPP 2020-06-26 15:12
Terima kasih atas pertanyaan Puan Hafizah Kamal. Untuk makluman, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang termasuk semua Mahkamah Rendah Syariah Daerah telah beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Terima kasih.
#94 Rayuan batal lafaz talak & failkan Li'anRizal 2020-07-10 01:52
Assalamualaikum
Sy tlh melafazkan talak pada 6 Julai 2020
Sebenarnya bekas isteri telah menipu saya bahawa dia akan insaf setelah saya melafazkan talak dan dia juga tidak setuju dengan cadangan saya yang inginkan kami berpisah dengan talak 3,supaya saya tidak perlu lagi menasihati dia lalu tidak perlu lagi mengharapkan apa2 dari dia..
Tetapi ternyata dia masih melakukan perbuatan yang sama..iaitu menjalinkan hubungan dengan "suami" orang.
Dia sanggup membawa keempat2 anak lelaki kami bersama dan dia dengan pasangan haramnya tidur di atas katil...anak2 tidur di lantai...saya bimbang jika anak2 akan merasakan yang perbuatan itu adalah tidak salah...
Mohon penjelasan samada saya layak membuat ryuan untuk batalkan lafaz talak itu lalu kami sama2 bersumpah lian...
#95 RE:Rayuan batal lafaz talak & failkan Li'anAdminJKSNPP 2020-07-27 11:05
Sekiranya Encik mengetahui sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang syariah, Encik boleh melaporkan kepada pihak berkuasa. Perkara ini adalah tertakluk kepada peruntukan Seksyen 9 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 iaitu “Tiap-tiap orang yang mengetahui perlakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan apa-apa kesalahan hendaklah dengan serta merta memberikan maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang terdekat tentang perlakuan atau niat itu” Seksyen ini memberikan tafsiran yang umum di mana semua orang yang mengetahui perlakuan (perbuatan) atau niat sama ada kesalahan jenayah syariah sudah dilakukan atau akan dilakukan boleh memberikan maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama pada bila-bila masa dengan kadar segera.

Berkaitan dengan persoalan rayuan oleh pihak encik, mahkamah boleh memberikan pertimbangan untuk kes-kes yang hendak dirayu. Peruntukan seksyen 139 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004 telah menjelaskan bahawa suatu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah. Pihak yang terkilan boleh menfailkan Notis Rayuan dengan menggunakan Borang MS 29 mengikut bidangkuasa mahkamah. Proses pemfailan notis rayuan ini adalah dalam masa tempoh empat belas (14) hari selepas kes diputuskan bersama Kebenaran Merayu.

Statistik Pelawat

5440555
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
265
1281
2752
7340
25490
36421
5440555

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 11 November 2020, 14:30:15. Oleh Unit ICT, JKSNPP