Perutusan Ketua Hakim Syarie

Perutusan Y.A.A Ketua Hakim Syarie JKSNPP:

Alhamdulillah saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, dan rahmatnya saya diberi kekuatan dan kemudahan dalam melaksanakan tugas yang baharu diamanahkan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang(JKSNPP). Sesungguhnya amanah ini bukanlah suatu tanggungjawab yang mudah untuk dilaksanakan.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi JKSNPP. Laman web ini merupakan salah satu saluran perkongsian maklumat untuk memberikan penerangan mengenai fungsi jabatan, visi dan misi JKSNPP yang bertanggungjawab terhadap masyarakat awam.

Umumnya mengetahui bahawa JKSNPP berperanan untuk mentadbir hal ehwal kes-kes Mahkamah Syariah yang melibatkan orang Islam iaitu untuk mendapatkan keadilan dan pembelaan yang berlunaskan kepada peruntukan undang-undang. JKSNPP sentiasa berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat. Harapan saya agar semua pengunjung laman web JKSNPP dan warga jabatan dapat memanfaatkan sepenuhnya informasi serta perkhidmatan yang terdapat dalam laman web ini. Saya juga mengalu-alukan dan amat menghargai maklumbalas, cadangan dan idea yang membina untuk menambah baik laman web JKSNPP. Semoga kecemerlangan penyampaian perkhidmatan JKSNPP menepati keperluan masyarakat, memenuhi kepuasan hati anda sebagai pelanggan dan dapat membantu lebih ramai masyarakat khususnya umat Islam di negeri ini bersesuaian dengan motto "Syariah Asas Keadilan".

Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan ke arah pembangunan laman web ini. Adalah diharapkan penyampaian maklumat melalui medium laman web ini berjaya menjadi landasan penyaluran maklumat yang berkesan dan berkualiti, selari dengan pelaksanaan transformasi perkhidmatan awam untuk merakyatkan perkhidmatan yang mesra pelanggan serta bersifat inovatif. 

Sekian, terima kasih, Wassalam.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

~SYARIAH ASAS KEADILAN~

 

(YAA TUAN MUHAMAD ABDUL KARIM BIN WAHAB)
Ketua Hakim Syarie, 
JKSN Pulau Pinang.

Visitor Counter

5544662
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1242
1691
4817
11143
43942
52676
5544662

Contact Us

Department Address:   
No. 3, Jalan Batu Gantung, 
10450 Pulau Pinang
Telephone: 04-830 7777
Facsimile: 04-830 7860
Email: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Working Hours

Monday-Thursday
8.00 am-1.00 pm
2.00 pm-5.00 pm
Friday
8.00 am-12.15 pm 
2.45 pm-5.00 pm
Saturday & Sunday : Public Holiday

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Application Links

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Follow Us

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Updated Date

  • Last Update on : 14 January 2021, 13:55:55. By JKSNPP, ICT Unit