• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA IPD SPT

KHAMIS, 22 OKTOBER 2020 – Pejabat Ketua Hakim, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada IPD Seberang Perai Tengah(SPT) yang diketuai oleh Ketua Polis IPD SPT, ACP Shafee bin Abdul Samad bersama enam orang pegawai daripada IPD berkenaan .

Turut serta dalam majlis kunjungan hormat ini adalah Ketua Pendaftar JKSNPP, Puan Hasniah binti Hassan bersama Penolong Pengarah Kanan, Tuan Mohd Mirza bin Abdul Rashid, Penolong Pengarah, Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie, Tuan Nik Suhaimi bin Nik Saberi serta pegawai - pegawai daripada Bahagian Sokongan Keluarga(BSK) yang lain iaitu En Mohd Mawardiey bin Salleh, En Mohd Hazwan bin Ismail dan Puan Norsuzianna binti Mohd Yusoff.

ipdspt1 ipdspt2

Isu- isu yang dibincangkan adalah mengenai proses pelaksanaan waran tangkap, prosedur mendapatkan pegawai pengiring bagi menghantar PhP yang dijatukan hukuman penjara oleh hakim, prosedur berkenaan proses tangkapan PhP yang berada di luar Negeri Pulau Pinang dan sebagainya.

Semua isu yang dibincangkan mendapat maklumbalas yang positif daripada pihak polis. Diharapkan hasil daripada kunjungan hormat ini dapat mengeratkan hubungan khususnya antara PDRM daerah ini dan BSK Pulau Pinang dalam usaha untuk membantu menguatkuasakan perintah-perintah nafkah Mahkamah Syariah.

 

 

 

Mobil / Web 2.0

Multimedia Gallery

Feedback

Visitor Counter

5544741
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
1321
1691
4896
11143
44021
52676
5544741

Contact Us

Department Address:   
No. 3, Jalan Batu Gantung, 
10450 Pulau Pinang
Telephone: 04-830 7777
Facsimile: 04-830 7860
Email: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Working Hours

Monday-Thursday
8.00 am-1.00 pm
2.00 pm-5.00 pm
Friday
8.00 am-12.15 pm 
2.45 pm-5.00 pm
Saturday & Sunday : Public Holiday

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Web Logo

Application Links

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Follow Us

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Updated Date

  • Last Update on : 14 January 2021, 13:55:55. By JKSNPP, ICT Unit