AUDIT PENSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) OLEH MAMPU
JUMAAT, 5 OKTOBER 2018 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah diaudit untuk Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bermula pada 2 Oktober hingga 4 Oktober 2018.
Jabatan ini telah menerima kehadiran 2 orang juruaudit iaitu Puan Zuasma Binti Yahaya dan Puan Nur Amalina Binti Zakaria daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Sesi pengauditan bermula dengan pembukaan audit pada 2 Oktober 2018 yang dipengerusikan oleh YAA Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, juruaudit yang hadir telah diberi penerangan berkaitan amalan pelasanaan EKSA Jabatan oleh Ketua Pendaftar Puan Hasniah Binti Hassan. Selesai daripada sesi pembukaan audit tersebut 2 orang juruaudit tersebut telah bergerak ke lokasi pengauditan seperti yang dijadualkan, Puan Zuasma Binti Yahaya diiringi oleh Tuan Mohd Yunus Bin Mohamad Zin selaku Peyelaras EKSA Jabatan manakala Puan Nur Amalina Binti Zakaria diiringi oleh Puan Hasniah Binti Hassan selaku Timbalan Pengerusi EKSA.
Dihari terakhir iaitu pada sesi penutupan audit pada 4 Oktober 2018, juruaudit telah membentangkan hasil penemuan dari segi amlan baik EKSA yang diamalkan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh semua zon yang terlibat. Komen yang diterima oleh juruaudit sangat positif dan diharapkan Jabatan ini sekali lagi akan diberikan pensijilan EKSA dengan kategori Cemerlang. Sesi penutupan audit tersebut berakhir dengan pemberian cenderahati oleh Jabatan kepada juruaudit-juruaudit yang terlibat dan sesi fotografi bersama Jawatankuasa Induk EKSA JKSN Pulau Pinang sebagai kenang-kenangan.
Sekian, terima kasih.