ANUGERAH EMAS KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE WILAYAH SABAH & SARAWAK
KHAMIS, 2 OGOS 2018 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah menerima anugerah Emas di Konvensyen Team Excellence Wilayah Sabah & Sarawak.
Projek inovasi Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Astound yang dibangunkan adalah Shariah Introductory Kit Application atau dengan singkatan SIKAPP merupakan projek penambahbaikan bagi menyelesaikan pengurusan kuanter yang kurang cekap. Terima kasih kepada YAA Dato' Mohamad Shakir Abdul Hamid, Ketua Hakim Syarie JKSNPP yang banyak memberi semangat dan dorongan untuk meneruskan kecemerlangan JKSNPP.
Sekian, terima kasih.