AUDIT SILANG EKSA DI PENJARA REMAN PULAU PINANG

KHAMIS, 15 MAC 2018 – Pasukan Audit EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang telah dijemput oleh pihak Penjara Reman Pulau Pinang untuk mengadakan Audit EKSA di jabatan mereka sebagai persediaan menghadapi Audit EKSA MAMPU.

Seramai empat pegawai iaitu Puan Dalila Hanisah binti Abu Bakar, Puan Hamizah binti Hamid, Puan Syahida binti Md Desa dan Puan Nor Aziani binti Mustaffa yang dapat menyertai auditan tersebut. Sesungguhnya jemputan untuk mengadakan Audit EKSA di Penjara Reman merupakan satu penghargaan kepada Jabatan ini kerana kepercayaan dan harapan yang diletakkan oleh Penjara Reman Pulau Pinang. Pelbagai pengalaman dan input baharu diperoleh oleh juruaudit EKSA tersebut yang boleh dikongsikan dengan kakitangan di JKSNPP.

Sebanyak 6 Zon di Penjara Reman telah diaudit. Sesi pembukaan audit telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Reman sendiri iaitu PKP Tey Hock Soon. Auditan tersebut tamat pada jam 5.00 petang dan penemuan-penemuan dilaporkan pada sesi penutupan audit.

 

Statistik Pelawat

5545505
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
246
1839
5660
11143
44785
52676
5545505

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 14 Januari 2021, 13:55:55. Oleh Unit ICT, JKSNPP