AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1/2017
SELASA, 28 FEBRUARI 2017 – Audit Dalaman EKSA bil 1/2017 telah diadakan bermula tarikh 17 Februari 2017 sehingga 24 Februari 2017 di semua zon EKSA di Jabtan Kehakiman Syariah Pulau Pinang.
Susulan daripada audit tersebut semua ahli zon telah bersungguh-sungguh memperbaiki kekurangan terutamanya dalam teguran audit sebelumnya dan membuat beberapa penambahbaikan bagi menceriakan lagi zon EKSA di lokasi masing-masing. Tujuan audit ini dijalankan adalah untuk melihat pematuhan kriteria EKSA untuk diamalkan bagi memupuk amalan EKSA yang baik bagi persekitaran pentadbiran pejabat.
Diharapkan dengan ada pensijilan EKSA ini amalan kerbersihan pejabat dapat memjadi budaya kerja staf dan kakitangan selain ianya menjadi pengiktirafan terbaik bagi menghargai sumbangan warga kerja Jabatan.
Sekian, terima kasih.