• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

AMANAT KETUA HAKIM SYARIE JKSNPP TAHUN 2021

RABU, 27 JANUARI 2021 – Majlis Amanat YAA DAto' Muhamad Abdul Karim bin Wahab, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP)  tahun 2021 bersama pegawai dan kakitangan JKSNPP yang telah diadakan pada hari ini secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Webex.


amanat

Majlis amanat ini merupakan satu medium untuk menzahirkan iltizam amanah kepimpinan Ketua Hakim Syarie JKSNPP serta harapan aspirasi JKSNPP pada tahun 2021. YAA Dato' Muhamad Abdul Karim merakamkan stinggi-tinggi ucapan tahniah di atas kejayaan yang telah dirangkul dan dikecapi sepanjang tahun 2020. Kejayaan ini adalah bukti komitmen dan kualiti kerja warga JKSNPP dalam melaksanakan dasar-dasar utama yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaras dengan matlamat gagasan Penang 2030 dan juga pelan - pelan strategik di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia(JKSM). Beliau juga amat berpuas hati dan berbanggan dengan pencapaian ini dan berharap mementum kecemerlangan ini dapat dikekalkan pada tahun ini dan tahun - tahun yang akan datang.

amanat4 amanat5a

YAA Dato' Muhamad Abdul KArim bin Wahab menyatakan bahawa untuk memastikan JKSNPP bertindak sebagai peneraju pembaharuan Institusi Kehakiman Syariah di Negeri Pulau Pinang maka warga kerja perlu memberikan perhatian terhadap beberapa pembaharuan dan tranformasi di antaranya skop yang melibatkan pembangunan fizikal dan kemudahan kepada pelanggan, pengukuhan akauntabiliti dan integriti, meningkatkan pencapaian key performance indicator (KPI) serta keperluan mengurus perbelanjaan secara berhemah.

Di akhir ucapan, beliau berharap inti pati amanai ini dijadikan panduan kepada pegawai dan kakitangan dalam memposisikan JKSNPP sebagai organisasi yang komited dan melonjakkan Institusi Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang ke persada kegemilangan.

 

amanat3  

 

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5701485
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
39
1780
5924
10406
34654
55564
5701485

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 15 April 2021, 16:09:46. Oleh Unit ICT, JKSNPP