• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN FOOD BANK YAPEIM 2.0

KHAMIS, 17 DISEMBER 2020 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Program Food Bank YAPIEM oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) 2.0 Inspirasi Musaadah COVID-19 yang dianjurkan oleh YAPIEM dengan kerjasama Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JKSNPP dan Pejabat Mufti Pulau Pinang.


yapeim1

Dalam ucapan aluan YAA Dato’ Muhamad Abdul Karim Bin Wahab, Ketua Hakim Syarie JKSNPP telah menyatakan bahawa MBJ JKSNPP dan Pejabat Mufti sangat peka dengan isu-isu kepentingan dan kebajikan semua ahli MBJ terutamanya semasa wabak Covid-19 bagi memastikan kebajikan semua ahli pekerja dapat diberikan perhatian sewajarnya. Program ini merupakan kali pertama diadakan di JKSNPP dan ia merupakan inisiatif oleh pihak YAPIEM dengan kerjasama MBJ bertujuan bagi memastikan kebajikan semua ahli pekerja dapat diberikan perhatian sewajarnya.

yapeim2 yapeim3

Katanya lagi, sejak negara dilanda pandemik covid19 dan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) dikuatkuasakan, sektor perkhidmatan awam di Negeri Pulau Pinang tidaklah terjejas keseluruhan pekerjaan dan pendapatan setiap pekerja. Namun begitu, perlu diberikan perhatian kepada pasangan pekerja yang bekerja sendiri, bekerja di sektor perkilangan, memandu teksi dan sebagainya yang terjejas kerana mereka ini sedikit sebanyak menyumbang pendapatan kepada keluarga masing-masing.

Seraya itu YAA Dato' Muhamad Abdul Karim bin Wahab berkata bahawa YAPIEM pada hari ini akan menyampaian edaran sumbangan berbentuk makanan basah dan kering kepada ahli MBJ di bawah kategori B40 seramai 50 orang penerima. Semua penerima-penerima telah dipilih mengikut kelayakkan B40 dengan mengambilkira dari segi pekerja yang berstatus ibu tunggal, pasangan yang hilang punca pendapatan dan pasangan yang tidak mempunyai pekerjaan.

Diakhir ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada YAPIEM dan berterima kasih kepada Tuan Haji Mohd Fauzi bin Hj Adnan,Pengurus Negeri YAPIEM atas usaha dan inisiatif untuk meringankan beban kumpulan sasar di seluruh negara dan juga memfokuskan bantuan kepada agensi-agensi agama Islam khususnya pekerja di JKSNPP dan Pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang. Beliau juga menyeru badan bukan kerajaan (NGO) ataupun Badan Kebajikan dan Sukan JKSNPP (BAKEP) sendiri untuk menggembleng tenaga membantu mereka yang memerlukan pertolongan dalam menangani krisis yang melanda negara ketika ini.

yapeim5yapeim4 yapeim6

 

 

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5545505
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
246
1839
5660
11143
44785
52676
5545505

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 14 Januari 2021, 13:55:55. Oleh Unit ICT, JKSNPP