• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PELANCARAN KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH(FI, KOS DAN ELAUN)

RABU, 04 NOVEMBER 2020 – Hari ini telah berlangsungnya satu Majlis Pelancaran Kaedah - kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (fi, Kos dan Elaun) Negeri Pulau Pinang. Majlis ini bertujuan untuk mewar-warkan kepada warga pentadbir Undang-undang khasnya dan amnya kepada seluruh warga Pulau Pinang tentang penyelarasan kaedah - kaedah baru yang telah diusahakan oleh Jawatankuasa Kaedah - kaedah Negeri Pulau Pinang untuk diguna pakai di seluruh Pulau Pinang..

Dianggarkan seramai 100 orang telah hadir dalam majlis tersebut yang bermula jam 2.30 petang. Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa oleh Haji Mohd Yusri bin Salleh dan seterusnya disempurnakan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Arif Muhamad Abdul Karim bin Wahab. Turut hadir dalam majlis ini adalah wakil Timbalan Ketua Menteri 1(TKM 1), En Mohd Tabiin bin Sahri, Pegawai Khas TKM1 yang juga turut mewakili Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Hakim- hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim - hakim Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang. Turut serta dalam majlis ini Tuan Azman bin Ismail, Penolong Penasihat Undang - undang Syariah Negeri Pulau Pinang, Tuan Mohamad Zamri bin Roslan, Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pulau Pinang, Tuan Mohd Al-Hafid bin Ismail, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang, Tuan Muneer bin Farid, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Syariah, Bar Council Pulau Pinang, Tuan Ibrahim bin Ismail, Bendahari Persatuan Peguam Syarie Pulau Pinang dan seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang serta rakan - rakan media.

 

pelancaran1 pelancaran4

 

Menurut YAA Ketua Hakim Syarie dalam ucapannya ketika melancarkan majlis tersebut, "usaha dan cadangan untuk menyelaraskan kutipan fi, bayaran elaun dan kos telah bermula sejak 20 tahun yang lalu. Kaedah - kaedah lama sudah tidak relevan dan tidak sesuai lagi" ujarnya.  Tambah beliau lagi,  "kaedah - kaedah baharu yang digubal ini akan memberikan peningkatan bayaran fi yang bersesuaian dengan keadaan semasa kepada pelanggan yang berurusan di Mahkamah Syariah. Begitu juga dengan penentuan dan penetapan kadar kos dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan dapat memberikan keadilan yang sewajarnya kepada pihak - pihak yang berjaya dalam sesuatu prosiding di Mahkamah Syariah."

Di akhir ucapan, beliau berharap dengan terwujudnya Enakmen Kaedah - Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Fi, Elaun dan Kos) Negeri Pulau Pinang 2020, dapat menyuntik impak perubahan dan meningkatkan kemajuan sistem Perundangan Syariah Negeri Pulau Pinang dan sekaligus memartabatkan imej Mahkamah Syariah Pulau Pinang di persada perundangan negara dan antarabangsa.

 

pelancaran3 pelancaran2

 

 

 

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5440660
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
370
1281
2857
7340
25595
36421
5440660

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 11 November 2020, 14:30:15. Oleh Unit ICT, JKSNPP