• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA KE MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA

SELASA, 08 OKTOBER 2019 – Jawatankuasa EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang(JKSNPP) telah mengadakan lawatan perkongsian penambahbaikan EKSA dan penanda aras EKSA serta audit silang di Mahkamah Syariah Negeri Melaka(MSNM). 

Lawatan ini merupakan program perkongsian maklumat dalam perlaksanaan amalan EKSA antara JKSNPP dan MSNM, disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan jabatan ini dan kakitangan di MSNM. Rombongan lawatan daripada JKSNPP telah tiba di perkarangan MSNM pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh pegawai serta kakitangan MSNM dalam suasana pagi yang cukup indah. Dalam lawatan ini, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka Y.A.A Tuan Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman telah mengalukan kehadiran ahli rombongan dengan ucapan aluan dan kemudian ucapan balas bagi JKSNPP telah disampaikan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang, Y.A.A Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid yang telah turut serta dalam program pada hari ni. Seterusnya program diteruskan lagi dengan sedikit ucapan daripada Ketua Pendaftar MSNM dan pembentangan daripada Wakil Sekretariat EKSA MSNM berkaitan dengan amalan EKSA di mahkamah syariah tersebut. Setelah selesai sesi pembentangan, para peserta lawatan telah dibawa melawat bagi meninjau amalan EKSA di mahkamah syariah ini bagi tujuan perkongsian maklumat dan sesi ramah mesra antara dua mahkamah yang mempunyai teras perkhidmatan yang sama dalam amalan EKSA di jabatan masing - masing. Seterusnya program lawatan tersebut diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5526858
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
1285
2273
12117
10596
26138
52676
5526858

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 14 Januari 2021, 13:55:55. Oleh Unit ICT, JKSNPP