• PENGUMUMAN
    Sebarang pertanyaan berkaitan khidmat pengurusan dan kehakiman di JKSNPP, sila emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) PULAU PINANG
    Kerajaan Negeri mewartakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Sila KLIK menu Enakmen Kebebasan Maklumat di muka depan Laman Web.
     DASAR KUALITI JKSNPP IALAH:
     "Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang komited untuk melaksanakan pengurusan dan pengadilan kes-kes syariah berasaskan hukum Syarak dan undang-undang secara profesional, adil, cekap dan berkesan. Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti akan sentiasa ditambahbaik sebagai landasan ke arah sebuah institusi kehakima syariah yang berwibawa."
     

PERHIMPUNAN BULANAN JKSNPP BIL 3 TAHUN 2019

JUMAAT, 27 SEPTEMBER 2019 – Perhimpunan Bulanan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang Bil 3 Tahun 2019 telah berlangsung di Dewan Serbaguna, jabatan ini dengan beberapa slot yang telah disusun atur sepanjang majlis perhimpunan pada kali ini.

YAA Dato' Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid selaku Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang telah memberikan ucaptama dalam perhimpunan tersebut kepada semua kakitangan jabatan ini yang hadir pada majlis perhimpunan pada kali ini. Beberapa perkara telah disampaikan oleh beliau antaranya ialah misi kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri digital melalui tema Penang2030 yang menitikberatkan beberapa faktor dalam menuju misi tersebut dengan moto "A Family-Focused Green and Smart State That Inspires The Nation". Oleh itu, JKSNPP juga perlu bergerak seiring dengan misi tersebut dan beliau telah menetapkan misi bagi tahun 2021 dengan menjalankan perbicaraan tanpa fizikal fail.

Selain itu, pada perhimpunan kali ini juga penceramah dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja(KKP) Pulau Pinang telah dijemput untuk memberikan sedikit taklimat dan pencerahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja yang telah disampaikan oleh Encik Muhamad Nor Hikshan Bin Sam. Dalam perhimpunan ini juga, dalam Slot EKSA telah diumukan pemenang  bagi Pertandingan Surau Paling Efisen dan Best Practice Amalan EKSA serta Kuiz EKSA bagi memeriahkan lagi majlis. Selain itu diadakan juga  penyampaian Sijil MS ISO kepada semua Mahkamah Syariah Daerah. Selain itu, dalam perhimpunan ini juga telah diumumkan kakitangan yang dianugerahkan Anugerah Pekerja Cemerlang peringkat jabatan iaitu Syabil Afiq Bin Searbi yang merupakan kakitangan yang berdedikasi dan memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas di jabatan ini. Majlis perhimpunan kali ini juga telah diserikan lagi dengan sambutan Hari Lahir kepada semua kakitangan jabatan ini yang lahir dari Bulan April hingga September 2019. Majlis berakhir dengan jamuan tengahari dan juga kek sambutan hari lahir.  

Mobile / Web 2.0

Galeri Multimedia

Maklumbalas

Statistik Pelawat

5544681
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah Hari
1261
1691
4836
11143
43961
52676
5544681

Hubungi Kami

Alamat:   No. 3, Jalan Batu Gantung, 10450 Pulau Pinang
Telefon: 04-830 7777
Faksimili: 04-830 7899
Emel: jksnpp@esyariah.gov.my

  




Waktu Bekerja

Isnin-Khamis
8.00 pagi-1.00 t/hari
2.00 petang-5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi-12.15 t/hari 
2.45 petang-5.00 petang
Sabtu & Ahad : Cuti Umum

 

 

 

Kalendar JKSNPP

Kalendar JKSNPP

Logo Web

Capaian Applikasi

ADOBE READER ADOBE FLASH PLAYER MOZILLA FIREFOX

Ikuti Kami

RSS FACEBOOK FLICKRTWITTERqr

Tarikh Kemaskini

  • Dikemaskini pada : 14 Januari 2021, 13:55:55. Oleh Unit ICT, JKSNPP