MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018 ANJURAN BAKEPP DENGAN KERJASAMA JKSNPP & PGSMPP
KHAMIS, 5 JULAI 2018 – Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2018 telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat, Kompleks Kehakiman Syariah Pulau Pinang.
Program anjuran Badan Kebajikan dan Sukan JKSN Pulau Pinang ( BAKEPP ) dengan kerjasama JKSNPP dan Persatuan Peguam Syarie Pulau Pinang ( PGSMPP ) ini merupakan aktiviti tahunan yang di nanti-nantikan pada bulan Syawal ini. Seperti kebiasaannya setiap unit/bahagian dan mahkamah diminta membuka gerai-gerai juadah dan dihagikan mengikut menu hidangan yang ditetapkan. Antara menu hidangan yang terdapat pada jamuan hari raya pada tahun ini adalah Nasi Tomato ( BAKEPP ), Kambing Bakar ( Pegawai Gred 41 ke atas ), Soto/Cream Puff/Tart Chocolate ( Unit Pentadbiran ), Mee Kari/Rojak ( Mahkamah Tinggi/ICT/BSK/Unit Rekod ), Kerabu Magg/Aiskrim ( Mahkamah Rendah Barat Daya ), Laksa/Kek ( Mahkamah Rendah Timur Laut ), Kerabu Maggi/Aiskrim ( Mahkamah Rendah Seberang Perai Utara ), Aneka Minuman ( Mahkamah Rendah Seberang Perai Selatan ), Ais Kacang/Cendol/Kekacang ( Mahkamah Rendah Seberang Perai Tengah ) dan satu gerai bagi PGSMPP yang menyediakan Satay.
Sementara melayan kunjungan tetamu yang hadir daripada pelbagai Jabatan/Agensi dalam negeri Pulau Pinang, majlis diceriakan acara cabutan bertuan yang mana peserta yang bertuah akan dipilih dikalangan warga JKSN Pulau Pinang dan warga PGSMPP. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang. Memasuki jam 2.15 petang tibalah masa yang ditungu-tunggu yang mana pengumuman bagi gerai-gerai terbaik sepanjang Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2018. Tahniah diucapkan kepada gerai Mahkamah tinggi/ICT/BSK/Unit Rekod yang memenangi Gerai Paling Ceria, Mahkamah Rendah Timur Laut yang memenangi Gerai Staff Paling Bekerjasama dan Mahkamah Rendah Seberang Perai Selatan yang memenangi Gerai Layanan Terbaik hadiah disampaikan oleh YAA Tuan Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid.
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2018 telah tiba di penghujungnya terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program ini dan tidak lupa kepada Pengerusi BAKEPP iaitu Tuan Muhamad Sanusi Bin Ishak dan AJK yang dilantik diatas penganjuran program ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.